Thursday 22 November 2012

Apam Harum Manis

Apam Harum Manis


    Salam semua.... Hari ni, sebelum aku tidar, aku nak kongsi satu resepi apam yang sangat mudah dan sedap. Esok nak bangung awal, nak pi hospital Soooo, kena tido awal... Takot lewat bangun. Aku amek resepi ni kat blog CITARASAWAN. Klik kat sini kalau nak tengok resepi asal. Aku buat 1/2 adunan. Bukan apa tepung gandum cukup-cukup untuk 1/2 adunan saja. Nak pi beli tepung rasa malas la pulak. Separuh pun jadi la...  Meh tengok resepinya....


Bahan A
-100g gula melaka
-120ml air

Bahan B
-2 biji telur (saiz sederhana)
-60 gm gula pasir
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan C - di ayak
-120g tepung gandum
-1/4 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh bicarbonate of soda
-1/4 sudu teh garam

Bahan D
-20 gm minyak jagung
-4 biji pisang emas (di hiris bulat)


Cara-cara :

  1. Masak bahan A dan jadikan air gula. Kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan bahan C dan bahan A berselang-seli sambil dikacau hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga sebati.
  5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
  6. Kukus selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.





selamat mencuba




jemput la makan

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...