Wednesday 28 November 2012

KEK SUJI MANGGA KAS-KAS


   Salam semua..... sihat ke...? aku tak berapa sihat lagi, masih dalam mood demam... Hmmmm... Demam-demam pun terasa nak buat kek. Biar betol aku ni.... Memang betol pon... Waktu demam ni tiba-tiba mengidam nak makan kek, kek suji pulak tu, pada hal, bukan penah buat pun. So aku google la.. Jumpa la resepi ni KEK SUJI MANGGA KAS-KAS kat blog DTS. Sapa-sapa nak cuba, meh tengok resepinya...


Bahan- Bahan

-125 gram mentega berkualiti (Anchor)
-65 gram gula halus
-65 gram tepung gandum*
-1/2 camca teh baking powder*
-Secubit garam halus*(*disatukan dan diayak)
-50 gram suji (atau semolina)
-2 biji telur gred A
-50 ml susu segar [ aku guna 1 sudu makan susu tepung + 40ml air suam ]
-1/2 camca besar kas-kas (atau poppyseeds)
-1 camca besar sunquick perisa mangga [ aku tambah 2 sudu makan + sedikit pewarna kuning ]


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci [ aku guna loyang chiffon 20 cm] dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Satukan suji dengan tepung yang telah diayak, gaul rata. Satukan juga telur dan susu, kacau rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + suji tadi berselang-seli dengan bancuhan telur + susu, hingga habis. Putar sebati. Masukkan perisa mangga dan juga biji kas-kas. Gaul rata menggunakan spatula.
  3. T uang dalam tin dan ratakan. Bakar 35 - 40 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate atau cake tester, jika keluar bersih tanda kek anda sudah masak. Sejukkan kek atas jaringan.


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...