Sunday 18 November 2012

Mini Pizza Seafood




    Salam semua...Tengah buat apa tu..? Masak ke...? Tegahari ni aku makan free sebab ada kenduri kat kampung aku. Kenduri berkhatan atau orang kampung panggil sunat atau masuk jawi. Hari ni kenduri memang dasyat, macam kenduri orang nak kawin. Lauk dua tiga jenis. Tak macam dulu, buat bihun goreng jaa... Sekarang ni dah sama taraf dengan kenduri orang kawin la pulak. Hmmmmm.... Mungkin buat kenduri kesyukuran sama kot.. Haaaa... Kemari ada nampak CMG ada buat pizza, nampak terliur la pulak. So, aku pun buat jugak. Ni resepi untuk makan malam kemarin punya. Cuba klik sini tengok resepi CMG.  Sekarang tengok resepi aku pulokk...



Bahan Doh
-150gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-15gm gula
-5gm yis basah + 20gm air suam
-80gm air sejuk
-20gm mentega
-1/4 sudu teh bread improver
-1/4 sudu teh bread softener


Bahan Inti
-6 ekor udang sederhana besar
-3 ekor sotong


Bahan sos
-2 sudu besar minyak zaiton
-sos tomato
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-lobak merah
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sutong dan potong nipis-nipis.
  2. Potong dadu bawang besar, lobak merah dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan ". Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos tomato.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak lobak merah, lada benggala dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak






potong kecik-kecik, senang nak ngap...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...