Monday 19 November 2012

Puding Coklat Nestum





   Salam dan selamat petang semua... Aaaaa.... Hari ni nampaknya cuaca kembali mendung. Mungkin malam ni akan hujan. Tidur nyenyak nampaknya. ZZZZzzzzzz.... Hehehe... Hari ni keputusan UPSR dah keluar. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya tu, usaha lagi masa kat sekolah menengah. Berbalik pada blog aku ni, hari ni aku nak kongsi satu resepi eksperimen... Acewahhhh... Alaaa... Resepi puding coklat besa saja, cuma tambah nestum ja... Mai tengok resepinya...



Bahan-Bahan

-10gm agar-agar stripe
-60gm nestum [ lebih kurang 1 cawan ]
-2 sudu besar tepung kastrd
-2 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanila
-200gm gula [ lebih kurang 1 cawan ]
-400gm air
-400gm susu cair [ 1 tin ]
-6 sudu makan milo + 3 sudu makan serbuk koko
-200gm air panas untuk bancuk milo dan serbuk koko

Cara-Cara

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Bancuh milo dan serbuk koko dengan air panas. Sejukkan. Kemudian satukan dengan susu cair, telur, tepung kastad dan esen vanila. Pukul dengan whisk hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Kemudian masukan nestum dan kacau lagi.
  4. Masukkan adunan tersebut ke dalam larutan agar-agar. Kacau hingga kelihatan pekat.
  5. Tutup api dan tuang dalam loyang 7 x 7 yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  6. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...