Thursday 15 November 2012

Roti Goreng Inti Udang



Salam maal hijrah untuk semua umat islam di dunia... Haaa... Petang ni kita makan roti pulak. Selalunya kita makan dengan inti sardin, tapi kali ni kita tukar guna udang pulak... Ubah selera katakan.. Jangan cakap banyak, jom tengok cara-cara nak buatnya.....


Bahan-Bahan

Bahan Kulit
-roti sandwich

Bahan Inti
-6 ekor udang
-1 biji bawang besar
-lobak merah
-1/4 biji lada benggala
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan sos tiram
-garam
-gula
-1/2 sudu teh cili flakes
-1/2 sudu teh parsley flakes


Cara-Cara
  1. Potong tepi roti dan leperkan. Ketepikan.
  2. Buang kulit udang, belah belakang, buang kekotorannya. Potong kecil-kecil udang tersebut.
  3. Dadukan lobak merah, lada benggala dan bawang besar.
  4. Satukan kesemua bahan inti dan gaul rata.
  5. Untuk cara melipat roti, rujuk gambar di bawah.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  7. Setelah keperangan, angkat dan letak atas tisu.























No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...