Saturday 10 November 2012

Talam Roti Lapis Coklat


  Salam semua. Sihat...? Aku sihat saja... Kemarin aku ada nampak blog nshafeareen buat kuih ni. Soo... Aku pun tiru la..... Mohon ditiru yee... Hhehehee... Tapi kuih yang aku buat tak la berapa cantik kalau nak di bandingkan dengan yang dia buat. Aku buat untuk satu adunan , dua kaler & dalam loyang. Rasa kuih in memang sedap la, rasa lemak-lemak coklat. Mungkin sebaba guna santan fresh kot. Klau nak tengok resepinya klik kat sini. Sumber lain klik kat sini dan sini. Meh tengok resepi aku pulak...



Bahan-bahan

-4 keping roti [ buang tepi, siat kecil dan rendam dengan 100ml air ]
-50gm gula pasir
-1/4 sudu teh garam
-200ml santan fresh
-100ml air
-60gm tepung beras
-20gm tepung ubi/sagu
-1/2 sudu teh coklat emulco + 1 sudu makan serbuk koko
-1/2 sudu teh pewarna kuning + 1 sudu teh esen vanila
-loyang 7 x 3 x 3


Cara-Cara
  1. Masukkan roti yang direndam kedalam pengisar. Panaskan pengukus dan gris loyang 7 x 3 x 3. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga gula larut. Biar suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu. Gaul rata dengan whisk.
  3. Tuang campuran tadi kedalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
  4. Bahagi kepada dua bahagian. Satu dengan warna kuning + esen vanila dan satu adunan lagi dengan coklat emulco + serbuk koko.
  5. Tuang warna kuning dan kukus selama 5 minit. Untuk memudahkan sukatan, guna bekas dadih kecil untuk setiap lapisan [ hanya untuk loyang 7 x 3 x 3 ]
  6. Kemudian masukkan adunan coklat ke atas lapisan bawah dan kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak. Pastikan pengukus ditutup dengan kitchen towel supaya wap air tidak jatuh atas kuih.
  7. Biar sejuk baru dipotong.



nanti nak try perasa pandan pulak...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...