Saturday 8 December 2012

Cendawan Tiram Salut Tepung


  Salam semua... Hari ni masak apa...? Mesti masak yang best-best kan. Bukan macam aku ni, cuma masak benda yang mudah-mudah ja... Hari ni aku nak kongsi resepi yang besa aku buat sebelom tengok cerita atau movie kat laptop buruk aku ni. Ganti pop corn... Cendawan tiram salut tepung.  Sebelum ni aku selalu buat sotong, kali ni guna cendawan tiram. Sambil-sambil nonton ada jugak benda untuk dikunyah. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan

-100gm cendawan tiram
-1/3 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh baking powder
-1 sudu teh mix herbs
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-1/2 sudu teh cili flakes
-1/2 sudu teh parsley flakes
-1 biji telur
-sedikit garam
-sedikit lada putih


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan cendawan tiram. Jika besar, koyak-koyakkan sedikit.
  2. Satukan tepung gandum, baking powder, mix herbs, serbuk kunyit, cili dan parsley flakes dalam satu bekas yang besar. Gaul rata.
  3. Pukul telur bersama garam dan lada putih.
  4. Masukkan cendawan tiram kedalam adunan telur. Gaul rata.
  5. Kemudian, masukkan cendawan tiram tersebut ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Apabila kekuningan, angkat dan toskan.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau makan bersama nasi.



Kalau banyak ni, aku sorang ja yang makan...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...