Friday 21 December 2012

Kuih Cara Pedas [ Inti Udang ]


   Salam.... Entry tertunda lagi. Hari ni baru boleh update. Kali ni cuma nak kongsi resepi kuih cara pedas inti udang. Selalunya buat inti daging hancur, tapi kali ni try buat udang pulak. Sedap jugak. Hmmmm... Hujan-hujan gini makan kuih pedas-pedas baru layan. Jom tengok resepinya...



Bahan Batter

-100gm tepung gandum
-250ml santan
-1 biji telur
-1/2 sudu teh kunyit
-garam


Bahan inti

-100gm udang
-2 sudu makan rempah kari ikan [ campur dengan 4 sudu makan air, jadikan pes ]
-1 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1 tangkai daun kari [ ambil daun sahaja ]
- lobak merah
-lada benggala


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan batter. Kacau dengan whisk. Ketepikan.
  2. Untuk inti, buang kulit udang dan potong nipis-nipis atau cincang. Lobak merah dan lada benggala didadu. Tumis bawang merah dan putih hingga kuning. Masukkan daun kari dan pes kari. Kemudian masukkan udang, lobak merah dan lada benggala. Biar separuh masak dan tutup api.
  3. Panaskan acuan dan sapu dengan sedikit minyak.
  4. Tuang adunan batter kedalam acuan sehingga 3/4 penuh. Masukkan inti di tengah adunan batter tersebut.
  5. Tutup acuan dan biar masak lebih kurang 5 minit.
  6. Kelurkan dari acuan dan sedia dinikmati dengan sos kegemaran anda.






Sekali-sekala makan dengan inti udang pun sedap....


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...