Tuesday 12 February 2013

Bingka Suji Warisan


  Salam semua. Hari ni kita layan kuih bingka suji pulak. Aku buat kuih ni pun sebab tepung suji ada banyak lagi. Tak tau nak masak apa. Aku pun try buat bingka suji ni la. Memang sedap. Ada rasa lemak-lemak walaupun tak guna santan. Untuk resepi ni macam besa la, aku buat separuh adunan saja. Kalau nak tengok resepi asal, klik sini dari blog DTS. Kalau ada yang nak buat separuh adunan macam aku, jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang bulat 7 inci

-75 gram suji @ semolina
-70 gram gula halus
-60 gram susu cair carnation
-50 gram susu pekat manis
-40 gram tepung gandum
-280 ml air
-1/2 camca teh pewarna kuning
-1 biji telur  gred A
-1/8 camca teh garam
-1/2 camca teh esen vanilla
-60 gram mentega
-Bijan untuk ditabur

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang bulat 7 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti. Lenser juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur. T uang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata. Tuang susu cair, air dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat. Padamkan api. Masukkan mentega dan esen vanilla. Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata2 atasnya. Bakar selama 45 - 50 minit. Kemudian bakar 5 - 7 minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi. Biar kuih betul2 sejuk, baru potong dan hidangkan..


Bila tengok bijan hitam tu nampak macam kuih hangit la pulak...
Huhhuuu..



Jom makan...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...