Sunday 24 February 2013

Talam Cendol


  Salam semua.. Hari ni aku nak tunjuk resepi talam cendol yang aku dah try buat. Resepi ni dah lama aku simpan, tapi tak sempat nak buat. Bila dah cukup semua bahan-bahan, terus on je la. Untuk talam cendol ni aku cuma buat separuh adunan. Kat bawah ni pun aku ada sertakan resepi asal dia. Terima kasih la kepada penyumbang resepi ni dan kepada orang yang dah cuba buat. Memang sedap betul. Macam makan cendol betol cuma cendol ni dah beku.... Huhuhu... Meh kita layan resepi kat bawah ni....


Bahan-Bahan 1/2 adunan Loyang 6 x 6 (sapu minyak dan alas dengan plastik)

Lapisan bawah
-100 gm tepung beras
-125 ml santan pekat [ aku letak 100ml ]
-225 ml air [ ganti santan cair & letak 220ml ]
-1/2 sudu besar tepung jagung / tepung hoen kwe [ aku guna tepung hoon kwe ]
-75 gm gula caster
-1/2 sudu teh garam
-100 gm cendol @ 1/2 paket kecil, toskan airnya [ yang ni aku letak 200gm, nampak meriah sikit ]


Cara-Cara :
  1. Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol. Kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
  3. Tuang adunan kedalam loyang. Kukus selama 25 minit.
  4. Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan A
-150 gm gula merah [ aku letak 110gm ]
-25 gm gula castor
-225 ml air
-2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
-75 gm tepung gandum
-1/2 sudu besar tepung jagung-saya tambah [ aku ganti tepung hoen kwe ]
-1 1/2 biji telur [ aku letak 1 biji telur gred A ]
-125 ml santan pekat
-1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja Tuang keatasl apisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.





Bahan-Bahan Loyang 10 x 10 (sapu minyak dan alas dengan plastik)

Lapisan bawah
-200 gm tepung beras
-250 ml santan pekat
-450 ml air
-1 sudu besar tepung jagung / tepung hoon kwe
-150 gm gula caster
-1 sudu teh garam
-200 gm cendol @ 1 paket kecil, toskan airnya



Cara-Cara :
  1. Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol. Kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
  3. Tuang adunan kedalam loyang. Kukus selama 25 minit.
  4. Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.


Lapisan Atas

Bahan A
-300 gm gula merah
-50 gm gula castor
-500 ml air
-2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
-150 gm tepung gandum
-1 sudu besar tepung jagung-saya tambah
-3 biji telur
-250 ml santan pekat
-1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja Tuang keatasl apisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...