Sunday 31 March 2013

Kek Span Pelangi / Rainbow Sponge Cake


   Salam semua.... Diharapkan paka-pakat ceria macam warna pada kek span pelangi aku lah yaaa.... Kali ni aku dah beranikan diri untuk buat kek pelangi... Dah banyak kali dok tengok orang lain ja buat, diri sendiri tak sempat lagi nak merasanya... Untuk kek ni aku tak guna resepi yang orang selalu dok guna tu. Aku guna resepi kek span vanila yang dah digandakan adunannya. Resepi kek span vanila tu aku amek kat blog rahel. Terima kasih ya kak Rahel sebab kongsi resepi kek span vanila tu... Memang gebu.... Kalau tak silap tahun lepas HaSue ada buat jugak kek pelangi ni. Dia pun guna asas kek span jugak. Tapi resepi dia tak sama macam aku guna ni. Kalau nak tengok boleh klik kat sini.. Untuk krim kek aku guna Italian Meringue Buttercream. Nak buat Italian Meringue Buttercream ni memang mencabar, takut tak jadi. First time buat memang payah, lama-lama ok la kan. Italian Meringue Buttercream ni memang sedap kalau nak dibandingkan dengan buttercream yang biasa dok buat tu. Rasa pun tak muak sangat. Untuk dekonya aku cuma buat yang simple ja... Sebab kat dalam tu dah meriah dengan warna.. Kek ni pun aku buat sebab anak sedara aku mintak. Dia baru balik dari asrama, ye la cuti sekolah... Rindu nak makan kek aku la tu.... Hahahaa...  Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni dulu....


Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : Rahel

Bahan-Bahan [ Bahan-bahan kat bawah ni aku dah gandakan. Sediakan 2 loyang bulat 8 inci ] 

-240g gula kastor [ aku letak 180 ]
-20g ovalette
-8 biji telur gred A

-260g tepung kek}
-1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

-80g air
-120gm minyak masak/mentega cair
-2 sudu teh esen vanila

pewarna merah ( perisa strawberry), oren ( perisa oren ), kuning ( perasa pisang ), hijau ( perisa pandan ), biru, violet dan ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci'.Lapis dengang kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Bahagi adunan kepada tujuh bahagian sama banyak dan letakkan warna. Gaul sebati. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 15-20 minit untuk setiap adunan. Kalau oven besar, bakar sekali dua biji.
  6. Setelah masak,terlangkupkan kek supaya kek tak mendap.
  7. Untuk melapis kek, letak lapisan pertama kek atas papan kek, sapu Italian Meringue Buttercream keseluruh permukaan dan ratakan. Kemudian lapis dengan lapisan kek kedua dan buat hingga habis. Sapu keseluruh kek dengan baki krim dan hias ikut citarasa masing-masing.




ITALIAN BUTTERCREAM
Sumber : Nor Cham
C & P : Anna Qaseh AzZahra

-200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye*Ana ikut kak Zu  [ aku letak 200gm ja, bagi aku dah manis dan boleh kurangkan lagi ]
-60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )
-140 gm putih telur ( 4 biji )
-300 gm butter [ aku letak 200gm ]
-300 gm shortening [ aku letak 400gm ]

Caranya:
  1.  'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
  2. Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
  3. Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, jangan takut ya )
  4. Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
  5. Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
  6. Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.
  7. Hiaskan atas kek anda.


Kek ni memang tinggi..
Payah sikit nak makan..

Friday 29 March 2013

Chiffon Pulut Hitam



   Salam... Kali ni buat kek chiffon lagi, tapi kali ni buat chiffon pulut hitam.... Disebabkan tepung pulut hitam ada lagi, aku pun rajinkan diri buat kek chiffon ni. Rasa dia pun boleh tahan. Lemak-lemak sikit.Mungkin sebab guna pati santan kot. Tapi ada orang kata kek chiffon ni ada rasa berhampas. Aku pun takut jugak nak buat. Tawakal je la... Bila dah siap masak, dah sejuk, apa lagi potong & amek gambar dulu la. Lepastu baru makan. Bila makan tu rasa dia ok, boleh tahan.Tak menyesal aku buat. Tak ada rasa berhampas pun, heran jugak... Orang dalam rumah ni pun cakap ok... Lepas ni boleh la buat lagi.. Untuk resepi ni aku copy kat blog DTS oleh mat gebu. Mintak izin C&P kat sini yaaa....

Bahan 
-4 kuning telur (gred A)
-35 g gula halus [ aku letak 20 gm ]
-1/2 camca teh esen vanilla
-25 g tepung gandum*
-50 g tepung pulut hitam*
-1/2 camca teh "Double Acting Baking Powder"*(*disatukan dan diayak)
-75 ml pati santan
-2 camca besar minyak jagung

Bahan B
-4 putih telur gred A
-65 g gula halus [ aku letak 50 gm ]
-1/2 camca teh garam

Cara-Cara
  1. Putar kuning telur, gula halus dan esen vanilla hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan santan hingga habis, gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, putar putih telur bersama garam hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga menjadi kental.
  3. Masukkan adunan n0.2 ke dalam adunan no. 1 dan gauldengan kaedah kaup balik hingga rata. Masukkan dalam tin chiffon (mat tak sapu apa2 kat tin tu), ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan serta merta tin chiffon dan biar kek sejuk dalam keadaan sebegini. Keluarkan kek dan hidangkan.


Nampak je gelap...
Tapi sedap...

Wednesday 27 March 2013

Apam Mekar Tepung Beras


   Salam kengkawan blog... Sihat...? Aku, alhamdulillah, sihat saja.... Syukur... Tapi kalau sapa-sapa demam waktu ni memang dugaan betol la. Sebab sekarang ni tengah musim panas. Nak mandi memang tak boleh dah... Harap bersabar la sapa-sapa yang tak sihat tu. Yang penting kena banyakkan minum air kosong... Berbalik pada resepi hari ni, aku buat kuih yang paling mudah ja untuk minum petang tadi. Aku buat apam mekar tepung beras, apam ni yang bestnya tak payah nak peram pun. Campur semua bahan, gaul sebati pastu kukus. Dah siap... Untuk resepi ni aku amek kat kak fida Myr. Thanks ye akak sebab sudi kongsi resepi apam yang mekar cantik dan sedap pulak tu.... Jom tengok resepi kat bawah ni...
\


Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

-200 g tepung beras*} (2 cwn)
-2 sk baking powder*} diayak bersama
-180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn) [ aku letak 100gm ]
-1 cawan susu segar/cair/santan cair [ aku guna santan ]
-1 sk esen vanilla
-pewarna pilihan ikut selera [ aku guna paste pandan ]

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak.
  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.



Makan dengan nyok muda sedap ooo...
Pastu minum kopi suam-suam panas...

Tuesday 26 March 2013

Trifle Laici



   Salam dan selamat bersiaran semua.... Sekarang ni memang musim panas. Tekak ni terasa nak makan benda yang sejuk-sejuk dan nyaman ja... So menu hari ni pun memang sesuai la dengan keadaan cuaca yang panas-panas gini... Kita jamu tekak dengan trifle laici yang mudah dan senang... Tak payah dok cakap banyak-banyak... Kita layan ja resepi kat bawah ni... Jom-jom....


Bahan-Bahan

-1 biji kek gulung [ perisa apa-apa ]
-60gm tepung kastad
-1 tin susu cair
-1 tin buah laici
-2 cawan jus laici [ amek dari laici dalam tin ]
-1 kotak jelly crystal cap nona [ aku guna perisa oren ]

Cara-Cara.
  1. Potong kek gulung kepada kepingan kecil [ lebih kurang 1 inci ]. Susun dalam bekas rapat-rapat. Toskan buah laici dan koyak isi laici kecil-kecil. Simpan jusnya.
  2. Campurkan tepung kastad dengan sedikit susu cair. Satukan semula dengan susu cair bersama dengan jus laici dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga pekat dan berkilat. Tuang atas susunan kek gulung tadi.
  3. Susun buah laici atas lapisan kastad tadi dan biar kastad beku seketika.
  4. Masak jelly ikut arahan pada kotak. Biar sejuk sedikit dan tuang atas lapisan kastad. Sejukkan
  5. Simpan dalam peti sejuk dan boleh makan apabila jelly dah beku.



Rasa sejuk kat tekak ni..
Mmmmm...

Saturday 23 March 2013

Kek Puding Karamel Pelangi


  Salam kepada semua warga blog... Kek ni aku buat malam kemarin tapi pagi ni baru nak postkan. Tapi dah tinggal 1/3 lagi. Asyik dok ngap, ngap, ngap.... Heheheheee... Sekarang ni kan musim panas... Tekak pun rasa nak makan yang sejuk-sejuk ja kalau waktu macam ni. Aku pun buat la kek puding karamel ni. Dah lama dah aku tak buat untuk makan sendiri. Selalunya buat untuk orang lain... Tapi bila dah lama tak buat kek ni, rasa payah la pulak. Huhuhu... Aku start buat kek ni pun masa raya posa tahun lepas. Ni pon kak aku yang nak makan sangat. Dah la tak pernah tengok orang buat. Jumpa kat pasar ramadan pun tulis nama lain. Bila google tak jumpa resepi... Hampeh betol laa... Ingat lagi masa mula-mula buat dulu. Masa tu tak buat kale pelangi pun. Cuma buat dua kale ja. Hijau dan pink kalau tak silap. Masa tu buat pukul 3 pagi. Dah la esok nak raya. Kalau diingatkan memang berbaloi jugak la. Sebabnya hari raya tu jugak la kek ni lincin. Kek yang aku buat kali ni silap kat mana tak tau la sebab belang dia kurang cantik. Pastu kale ungu dia masuk dalam adunan puding. Sebelum ni buat tak penah jadi macam ni. Mungkin lama dah tak buat kot. Tapi apa-apa pun kek ni sedap la... Cecececcc.... Puji sendiri la pulokkk.... Dah la... Jom tengok resepi kat bawah ni....




Bahan-Bahan

Bahan A [ karamel ]
-50 gm gula kastor

Bahan B [ puding ]
-2 biji telur
-3 biji kuning telur
-1 tin susu cair
-2 sudu makan susu pekat
-50 gm gula kastor
-1/2 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan C [ kek ]
-140 gm gula kastor
-140 gm tepung gandum*
-2 sudu kecil baking powder* diayak bersama
-1 sudu kecil cream of tartar
-6 biji putih telur
-3 biji kuning telur
-130 ml air masak
-45 ml minyak jagung
-pewarna hijau = pandan, biru & ungu = esen vanila


Cara-Cara
  1. Bahan A : Buat karamel dalam loyang 8 x 8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan B : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan C : Mula-mula buat meringue dengan 6 biji putih telur. Pukul hingga kembang dan masukkkan separuh gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan cream of tartar dan pukul hingga bertanduk. Ketepikan. Pukul kuning telur dengan baki gula kastor hingga gula hancur, kemudian masukkan air dan diikuti minyak. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan kuning telur. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  5. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  6. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  7. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....



Mmmm...
Sedapnya.....

Thursday 21 March 2013

Kuih Bingka Cracker


    Salam dan selamat petang semua.... Menu apa petang ni... Aku buat bingka cracker. Aku buat kuih ni pun pagi tadi. Kalau nak buat waktu petang panas la pulak. Tak selesa jadinya... Sekarang ni kan cuaca panas sesangat... Untuk resepi ni aku guna biskut cracker yang sihat sikit, aku guna cap jacobs...Huhuhuhuu... Promot cap jacobs la pulak.... Ni pun sebab ada yang tu ja kat rumah. Guna apa yang ada je la... Resepi ni dah ramai yang cuba buat. Aku pun teringin la jugak nak buat sama walaupun dah jauh ketinggalan. Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan saja. Pastu aku ubah la sikit-sikit, ikut citarasa masing-masing. Harap tuan asal resepi ni tak marah la ya.. Heheheee...  Jom tengok resepi kat bawah ni. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat link di bawah tu ya...



Ni resepi yang aku dah olah sedikit...


Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6 inci ]

-70 gm biskut cracker (biskut lemak) [ aku guna jacobs weetameal cracker ]
-45 gm tepung gandum
-1/3 cawan gula
-1 sudu makan susu pekat manis
-1/2 sudu kecil esen vanila
-1 biji telur
-360ml santan
-1/2 sudu makan butter@marjerin@minyak sapi
-Secubit garam
-Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Hancurkan biskut cracker  dan kisar hingga hancur.
  3. Kemudian campurkan semua bahan kecuali bijan dan blend sehingga semuanya sebati.
  4. Panaskan loyang yang di sapu minyak terlebih dulu dalam 3 minit, baru tuangkan adunan.
  5. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  6. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  7.  Sejukkan dan potong.




Ni resepi asal aku  copy....

Resepi asal : kh267tm
Sumber : Kak CT
C&P : Kak Yatie

Bahan-bahan

-140 gm biskut cracker (biskut lemak)
-85 gm tepung gandum
-210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
-3 biji telur
-710 ml santan @ susu cair
-1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
-1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
-Secubit garam
-Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
  1.  Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4.  Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan
  5. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  6.  Sejukkan dan potong.


Selamat Mencuba..

Tuesday 19 March 2013

Kek Chiffon Kacang Hijau



  Salam... Kali ni aku buat eksperiment kek chiffon kacang hijau. Saja nak try. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya. Untuk resepi ni aku guna resepi asal kek chiffon pandan yang pernah aku buat dulu. Rasa kek chiffon ni boleh tahan sedapnya. Bau dia pun wangi, bau kacang hijau katakan... Ada rasa lemak-lemak kacang pulak tu. Memang boleh katakan sangat rare la kek chiffon ni. Tak rugi kalau dicuba. Sekali-sekala tukar rasa sikit. Apa salahnya. Tekstur dia pun sangat gebu.. Macam kek chiffon yang lain.. Tapi bintik-bintik serbuk kacang hijau tu kurang menyerlah sikit. Tak kisah la, janji sedap di mulut... Kalau sapa-sapa ada lebihan tepung kacang hijau tu boleh la cuba buat untuk minum petang... Nak makan waktu mana pun tak kisah... Jom tengok resepi kek chiffon kacang hijau kat bawah ni...




Bahan-Bahan

Bahan A
-60gm tepung kacang hijau goreng
-30gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-5 biji kunining telur
-30gm gula kastor
-80gm santan
-40gm minyak jagung
-1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
-5 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar
-70gm gula kaster


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ]
  2. Satukan tepung gandum dan tepung kacang hijau bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan santan dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental.
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.



sungguh lembut dan gebu bila digigit...
sekeping memang tak cukup...

Sunday 17 March 2013

Bolu Kukus Pulut Hitam


  Salam semua... Bila dah balik kampung ni mula la gian nak buat macam-macam kuih. Masa aku kat rumah kak aku kat rawang & klang hari tu segan la pulak. Bukan apa, rumah orang. Walaupun rumah tu sedara kita, tapi tak sama dengan rumah sendiri. Segan pun ada jugak. Nanti orang kata memandai-mandai la pulak. Padahal depa tak kata apa-apa pun... Kalau kita masak kompem depa ngap sama. Hmmm.... Hati dah berkata macam tu. Tapi bila depa suruh masak benda yang depa nak makan, baru aku buat.. Ok, berbalik pada resepi kali ni aku try buat bolu kukus pulut hitam. Aku amek resepi ni kat blog rahel. Yang boleh jadi ceritanya, masa jalan-jalan kat pasaraya kat klang hari tu ada nampak tepung pulut hitam. Terus sambar. Pada hal tak tau nak masa apa pun. Ahhh.. Tak pa janji beli dulu. Sebelom ada blog ni aku dah pernah nampak tepung ni, tapi pandang sebelah mata jaa... Tapi la ni kalau nampak bahan-bahan pelik sikit kompem nak beli. Nak gunanya pun tak tentu lagi... Tu la perangai buruk aku... Huhuhuu... La ni kita layan resepi kat bawah dulu yaaa....

C&P : Rahel

Bahan-Bahan

-2 biji telur
-200g gula pasir [ aku guna gula perang ]
-1/2 sudu besar ovalet
-1/4 sudu teh garam
-225g tepung gandum*
-50g tepung pulut hitam*
-1/2 sudu teh baking powder*
-225ml minuman bersoda manis [ aku guna aiskrim soda ]

Cara-Cara
  1. Putar telur,gula pasir,garam dan ovalet hingga kaku selama 10 minit.
  2. Masukkan tepung berselang seli dengan minuman bersoda sambil digaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan yang dilapis kertas cawan hingga 3/4 penuh. [ aku letak adunan dalam piping bag, potong hujungnya & picit dalam kertas cawan yang di alas dengan acuan lompang ]
  4. Kukus selama 15 minit dengan api besar.

*Ayak bersama bahan bertanda*



memang gubu kuih ni
selamat mencuba

Friday 15 March 2013

Kastad Karamel Labu


    Salam semua.. Ahhh... Penatnya pagi ni... Bukan apa, baru sampai dari rawang ke perlis... Huuu... Lenguh satu badan sebab dok dalam ketapi lebih kurang 12 jam... Apa-apa pun alhamdulillah aku selamat sampai rumahjugak walaupun waktu sampainya tersasar sikit... Sekarang ni kita cita pasal resepi pulak yaa...  Hari ni menu pasal labu lagi. Kali ni aku nak share pasal resepi kastad karamel labu. Menu ni sebenarnya aku dah buat lama dah, cuma save dalam draft ja. Masa buat resepi ni aku ingat nak blend ja labu tu, nanti tak nampak pula labunya. Macam buat kastad karemel biasa pulak. Dah la labu tu kale kuning, lagi la tak nampak labu tu. So, aku pun potong dadu-dadu pas tu boh dalam acuan. Bila makan baru la boleh gigit labu. Bila gigit labu tu boleh rasa rangup sikit. Memang sedap la sebab boleh rasa tekstur labu tu... Lagi satu, kalau makan sejuk-sejuk memang best... Jom semak resepinya....




Bahan Karamel

-60gm gula kaster
-2 sudu makan air panas

Bahan Kastad

-1 tin susu cair
-3 biji telur gred A
-1 sudu makan tepung kastad
-30gm gula
-1 sudu teh esen vanila
-250gm labu [ didadu ]

Cara-Cara
  1. Untuk karemel, masak gula kaster dalam periuk hingga larut dan menjadi perang. Masukkan air panas perlahan-lahan untuk mencairkan karemel tersebut.
  2. Tuang karemel tersebut kedalam acuan dan ratakan karemel dengan menggerakkan acuan supaya karemel rata. Biar sejuk
  3. Untuk kastad, Satukan semua bahan kecuali labu. Kacau rata sehingga gula larut. Kemudian tapis.
  4. Masukkan labu kedalam setiap acuan kemudian susun acuan kedalam loyang yang lebih besar yang berisi air [ masak scecara bain merie ].  Tuang adunan kastad sehingga hampir penuh dalam setiap acuan.
  5. Bakar pada suhu 150c selama 30-40 minit atau kastad kelihatan beku.
  6. Setelah masak, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.


Selamat mencuba...

Sunday 10 March 2013

Kerabu Vegeroni Spirals


   Selamat hujung minggu dan selamat tengahari.... Hari ni kita makan kerabu vegeroni spirals... Selalunya aku kalau masak vegeroni spirals cuma buat goreng la. Macam goreng mee tu. Sedap la jugak. Tapi resepinya aku belom letak dalam blog lagi... Kalau ada masa nanti aku share kat blog ni. La ni kita layan kerabu vegeroni spirla. Boleh tahan jugak la resepi eksperiment aku ni. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam & manis-manis. Macam kerabu biasa. Mak aku pun cakap boleh buat makan dengan nasi... Fulamak... Dasyat tuu... Tapi aku lebih suka ratah macam tu ja... Lagi sesuai... Buat macam salad... Tu pendapat aku la... Kalau ada sapa-sapa yang nak try, boleh la cuba....

Bahan-bahan

-1 cawan vegeroni spirals
-6-8 ekor udang
-ikan bilis
-1 batang serai
-1 batang bunga kantan
-1 biji bawang besar
-sos ikan
-sedikit lada hitam [ ditumbuk ]
-3 biji cili padi [ sapa yang suka pedas lebihkan ]
-kacang tanah goreng [ ditumbuk ]
-sos ikan secukup rasa
-sedikit gula
-sedikit cuka masakan / jus limau nipis

Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci. Rebus seketika sehingga udang bertukar warna merah. Angkat dan tos. Rebus vegeroni spirals dan tos. Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Potong bunga kantan dan serai nipis-nipis. Ambil bahagian lembut sahaja. Bawang besar didadu.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan. Gaul rata. Jika kurang masin boleh tambah sedikit sos ikan.
  4. Siap dan boleh makan...



Thursday 7 March 2013

Egg Mayo Sandwich


   Salam semua... Hari ni kita menu simple dah la. Kita makan egg mayo sandwich. Asalnya tak nak letak apa-apa pun, just telur dan mayonis je la. Tapi tengok macam simple sangat. So aku pun rajinkan la diri ni potong timun dan bawang besar tuuu... Gaul semua bahan, dah siap intinya... Sapa yang tak berapa ada mood nak masak sarapan, boleh la cuba buat resepi ni... Jom tengok resepinya....

Bahan-Bahan

-1 biji telur gred A
-2-3 sudu makan mayonis
-1 biji bawang besar
-1/3 biji timun sederhana besar
-serbuk lada putih.
-6 keping roti

Cara-Cara
  1. Rebus telur hingga masak. Sejukkan, kupas dan hancurkan dengan garfu. Buang biji timun dan potong dadu. Bawang besar juga dipotong dadu.
  2. Masukkan mayonis ke dalam telur yang telah dihancurkan dan gaul rata. Kemudian masukkan bawang besar, timun dan serbuk lada putih secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Potong bahagian tepi roti [ jangan buang bahagian tepi ni, boleh buat puding roti tau ]. Sapu sedikit mentega dan letak inti tadi dan dialas dengan sekeping roti lagi. Potong ikut kehendak masing-masing.
  4. Dah boleh makan.



Jom pakat makan

Tuesday 5 March 2013

Talam Suji


   Salam kepada semua warga blog... Hmmm... Hari ni aku nak kongsi resepi talam suji. Ramai dah orang dok cuba buat kuih ni. Tapi aku ni baru berkesempatan nak buat. Memang ketinggalan jauh jugak la ni. Huhuhuu... Untuk resepi ni aku macam besa la, buat separuh adunan ja. Separuh adunan ni pun dapat banyak jugak. Siap boleh hantar kat jiran lagi. Kalau nak tengok resepi asal boleh tengok kat bolog citarasawan. Aku pun C&P dari situ. Nanti klik kat link dibawah tu yaa... La ni mai kita tengok rsepi separuh adunan yang aku dah buat dan dah derhaka sikit ni... Huhuhuu... Jangan marah yaa tuan resepi niii....


Kuih Talam Suji Chef Zubaidah
Sumber : Chef Zubaidah
C&P: Citarasawan / K1

Bahan-Bahan 1/2 adunan Loyang 6 x 6

Bahan Lapisan Bawah
-70gm tepung suji
-10gm tepung gandum
-1 biji telur
-pewarna lemon yellow
-50gm gula pasir
-375ml santan cair
-1/4 tsp garam

Bahan Lapisan Atas
-1 biji telur
-350ml santan pekat
-1/2 tsp esen vanila
-1 tsp garam
-70gm tepung gandum
-1/2 sudu makan tepung jagung [ aku tambah ]
-1/2 sudu makan tepung hoen kwee [ aku tambah ]
-30gm gula pasir
-80gm gula melaka
-1 tsp coklat emulco


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
  2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


Kalau  nak potong kuih, kena tunggu betul-betul sejuk...
Kalau tak, nanti nampak tak kemas macam kuih aku ni...

RESEPI ASAL

Kuih Talam Suji Chef Zubaidah
Sumber : Chef Zubaidah
C&P: Citarasawan / K1

Bahan-Bahan

Bahan Lapisan Bawah
-140gm tepung suji
-20gm tepung gandum (3Tbsp)
-2 biji telur
-pewarna lemon yellow
-120gm gula pasir
-750ml santan cair (3 1/4 cawan)
-1/2 tsp garam

Bahan Lapisan Atas
-2 biji telur
-700ml santan pekat
-1 tsp esen vanila
-1 1/2 tsp garam
-150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
-80gm gula pasir (1/4 cawan)
-200gm gula melaka
-1 tsp coklat emulco

Loyang 10 x 10

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
  2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


Sunday 3 March 2013

Apam Labu



    Salam semua... Hari ni kita menu apam labu yaa... Resepi ni aku amek kat blog kak ummie / Home Sweet Home. Untuk resepi dia klik sini. Apam labu ni diolah dari apam keledek. Boleh tahan kegebuan apam ni. Walaupun apam aku tak merekah, tapi tetap sedap. Dua tiga bijik memang tak cukup aku ngap apam ni. Sampai lima biji aku ngappp sekali hadap... Haaa... Awat tak amek sebab sedap punya pasal. Huhuhuu... Dah la tu, masa dok makan tu waktu hujan la pulak. Perhh... Pekena secawan kopi o lagi layan... Apa-apa pun jom semak resepinya.... Ohh yaaa... Kalau nak bagi apam tu merekah, guna acuan kertas, pastu letak dalam acuan besi yang ada lubang. Disebabkan aku tak da acuan lobang-lobang, aku guna acuan besa ja. So, tak da la merekahnya.....







APAM LABU
Adaptasi dari: Apam Keledek

Bahan A:-
-3 sudu makan tepung gandum
-2 sudu teh yis segera
-1 sudu teh gula kastor
-3 sudu makan air suam

Bahan B:-
-240 gm labu (dikukus/rebus)
-150 gm gula kastor
-1 biji telor
-150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
-200 gm tepung gandum
-1 sudu teh Double Action Baking Powder

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


Memang gebu dan lembut...