Tuesday 19 March 2013

Kek Chiffon Kacang Hijau



  Salam... Kali ni aku buat eksperiment kek chiffon kacang hijau. Saja nak try. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya. Untuk resepi ni aku guna resepi asal kek chiffon pandan yang pernah aku buat dulu. Rasa kek chiffon ni boleh tahan sedapnya. Bau dia pun wangi, bau kacang hijau katakan... Ada rasa lemak-lemak kacang pulak tu. Memang boleh katakan sangat rare la kek chiffon ni. Tak rugi kalau dicuba. Sekali-sekala tukar rasa sikit. Apa salahnya. Tekstur dia pun sangat gebu.. Macam kek chiffon yang lain.. Tapi bintik-bintik serbuk kacang hijau tu kurang menyerlah sikit. Tak kisah la, janji sedap di mulut... Kalau sapa-sapa ada lebihan tepung kacang hijau tu boleh la cuba buat untuk minum petang... Nak makan waktu mana pun tak kisah... Jom tengok resepi kek chiffon kacang hijau kat bawah ni...




Bahan-Bahan

Bahan A
-60gm tepung kacang hijau goreng
-30gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-5 biji kunining telur
-30gm gula kastor
-80gm santan
-40gm minyak jagung
-1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
-5 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar
-70gm gula kaster


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ]
  2. Satukan tepung gandum dan tepung kacang hijau bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan santan dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental.
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.



sungguh lembut dan gebu bila digigit...
sekeping memang tak cukup...

3 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...