Saturday 22 June 2013

Bingka Durian



   Assalamualaikum semua.... Menu apa petang-petang ni...? Apa kata cuba buat bingka durian yang lemak berkrim ni... Musim durian pun dah mula dah, boleh la start buat kuih yang menggunakkan buah durian ni... Sungguh sedap bingka ni. Walaupun aku ni sebenarnya tak suka durian tapi boleh jadi suka pulak. Untuk bingka ni aku guna durian yang kat rumah aku. Durian kampung. Durian ni ja aku suka makan. Kalau durian lain macam durian kawin cuma takat cuit sikit buat syarat nak rasa ja... Tapi kalau durian kat rumah aku ni, 3, 4 biji boleh layan. Banyak biji tu pun sebab durian kampung kan kecik-kecik.... Nak buat bingka ni pun aku guna satu biji durian. Maklum la, yang menjadi pun tak berapa besar-besar macam selalu... Kalau tengok pokok tu pun dah nak mati. Umur pun dah dekat dengan umur aku. Alhamdulillah masih nak berbakti lagi.... Sapa-sapa yang nak makan bingka berperisa durian, jom la tengok resepi kat bawah ni....






Bingka Durian / Kuih Bakar Durian
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan

-200gm isi durian
-350ml air
-450ml santan KARA [ aku guna santan fresh ]
-220gm gula pasir [ aku letak 180gm ]
-180gm tepung gandum
-30gm tepung beras
-3 biji telur B [ aku guna 2 biji telur gred A ]
-1/4 sudu teh garam
-1/4 sudu teh pewarna kuning
-2 sudu besar mentega cair

Hiasan

-Bijan secukupnya

Loyang 8in di gris dengan mentega cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Kisar isi durian bersama air hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
  3. Panaskan loyang sebentar di dalam oven. Keluarkan dan tuang adunan, tabur dengan bijan dan bakar di rak tengah selama 45 - 50 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.
  4. Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi hingga nampak garing.
  5. Biar betul-betul sejuk baru di potong dan di hidangkan.



Lemak berkrim...
Disukai ramai...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...