Thursday 1 August 2013

Biskut Cendawan



   Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah.... Siap jugak biskut raya yang kedua aku ni... Nampak tertarik tak...? Dengan warna yang terang gitu... Ala-ala cendawan beracun lagi... Huhuhuuu..... Ni pun antara biskut yang fames waktu aku kecik-kecik dulu. Sekarang ni pun jarang dah nampak. Kat kawasan aku tinggal ni la. Tempat lain mungkin ada kot. Masa dulu mana ada letak aising yang kaler-kaler macam ni. Cuma letak coklat masakan kalau tak silap. Aku pun dah tak berapa nak ingat.... Kalau ada yang teringin nak buat boleh la tengok resepi kat bawah ni. Tak pun klik kat link dibawah tu.... Untuk biskut ni aku buat separuh adunan. Dapat la dalam satu balang kecik. 40 biji ja.... Ok la.... Aku nak sambung biskut yang ketiga pulak lepas ni.... 


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : Naz

Bahan-Bahan

-225 gm butter
-75 gm gula icing
-2 biji kuning telur
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak
-300 gm tepung gandum atau tepung rose
-90 gm tepung jagung
-15 gm susu tepung
-1 sudu teh emplex

Cara-Cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati.
  3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung.
  5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven.
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter.
  7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat.
  8. Terap doh dengan acuan cendawan.
  9. Susun terapan cendawan atas loyang.Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak.
  10. Setelah masak sejukkan
  11. Sekarang kita sediakan icing





ICING

Bahan-Bahan

-1 biji putih telur
-90 gm gula icing
-1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu teh jus lemon

Cara-Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat.
  3. Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi.
  6. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
  7. Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit.
  8. Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.





Macam cendawan beracun ja...
Berani ke nak makan...?

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...