Thursday 3 October 2013

Bebola Roti Goreng Rangup




    Assalamualaikum dan selamat pagi semua semua... Dah sarapan ke....? Kalau belum, boleh la cuba buat bebola roti rangup ni. Kompem sedap.... Puji sikit... Kanak-kanak pasti suka. Rasa macam bebola ikan pun ada sebab letak stok ikan bilis.. Yang buat bebola ni bertambah sedap sebab dah di salut dengan serbuk rati tu la. Krup, krap, krup, krap bila gigit bebola ni... Rugi kalau tak cuba.... Sebelum ni pernah buat dah resepi macam ni, tapi tak salut dengan serbuk roti. Kali ni kita upgrade sikit menu ni jadi bagi lebih menarik. Menderhaka la sikit... Hehehee... Jom tengok resepi kat bawah ni.....






SUMBER : Lizahanum
C&P : Kak Hana

Bahan-Bahan

-14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
-2 biji telur (saiz besar)
-3 batang cili merah ~ dihiris
-1 biji bawang besar ~ didadu halus2
-sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya) [ aku ganti daun kucai ]
-2 sudu teh serbuk lada putih
-garam secukup rasa
-perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
-minyak utk menggoreng
-serbuk roti [ aku tambah ]

Cara-cara
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  2. Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang[ aku guna daun kucai ]. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya) [ aku ramas sikit-sikit ja ]
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis kemudian salut dengan serbuk roti.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa ataupun kelihatan kekuningan.
  5. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.





 Sos cili tak ada...
Ganti dengan sos yang ada je la...



1 comment:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...