Thursday 7 November 2013

Marmer Cake Jadul



     Assalamualaikum semua..... Hari ni aku kembali dengan kek marble/marmar. Resepi ni pun aku amek kat blog catatan nina. Masa tengok tajuk kek ni rasa pelik jugak kat perkataan jadul tu... Aku pun google la nak cari maksudnya. Yang aku jumpa jadul tu bermaksud jaman dulu. Di singkatkan jadi la jadul atau dalam bahasa kita zaman dulu. Harap-harap betol la kan... Rasanya memang betul la sebabnya kek marblel macam ni memang kek zamam dulu-dulu. Zaman mak-mak kita dok buat... Rasa kek ni memang gebu dan lembut. Memang berkeping-keping jugak la masuk dalam mulut aku ni... Sambil amek gambar, sambil ngap... Hahahahaa... Tak senonoh betol la... Ok la, kalau ada yang teringin nak buat boleh semak resepi kat bawah ni... Thanks nina atas perkongsian resepi ni... Mohon copy kat sini pulak....









MARMER CAKE JADUL
C&P : Nina


Bahan-Bahan

-5 butir telur
-125 gr gula pasir (aku pakai gula kastor)
-1 sdt emulsifier [ aku guna ovalette ]
-1 sdt vanilla
-150 gr tepung gandum serbaguna [ aku guna tepung kek ]
-15 gr jagung
-15 gr susu tepung
-100 gr margarin (aku mix butter + marjerin), cairkan [ aku guna butter ]
-50 gr minyak sayur [ aku guna minyak jagung ]
-1-2 sudu teh pes coklat atau pasta black forest

Cara-Cara
  1. Panaskan oven 180'C. Siapkan loyang tulban 20 cm [ aku guna loyang chiffon ], oles margarin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Campur dan ayak tepung, tepung jagung dan susu tepung.
  3. Pukul telur, gula pasir, emulsifier, vanilla dan campuran tepung hingga mengembang dan kental (all in one method).
  4. Campurkan marjerin / butter cair dengan minyak sayur, kemudian tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kaup balik hingga tercampur rata dan seragam.
  5. Ambil 2 sudu sayur makan, beri paste coklat. Adun rata.
  6. Tuang adunan putih ke dalam loyang, kemudian tuang adunan coklat di atasnya.
  7. Buat motif marmar dengan bantuan, garpu atau lidi sate.
  8. Bakar hingga masak selama kurang lebih 30-45 minit (bergantung oven masing-masing ya). Cucuk kek dengan lidi bersih, jika ditarik keluar bersih bermaksud sudah masak.
  9. Angkat dan segera keluarkan dari loyang agar cake tidak mengecut.





Gebu dan sedap...
selamat mencuba..



1 comment:

  1. sedapnya kek lama dah tak buat kek marbel. nih memang nostalgia kan teringat kek ni...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...