Monday, 29 April 2013

Serimuka Delima



    Salam semua... Kali ni aku buat serimuka pulak. Dah lama jugak tak buat serimuka ni.. Kalau buat kuih ni tak leh buat banyak-banyak.. Ye la pulut kan mudah kenyang... Kena buat cukup untuk  dimakan ja. Kalau buat banyak-banyak nanti tak habis. Membazir... Serimuka yang aku buat ni unik sikit, ada tompok-tompok merah kat pulut tu. Bahagian atas pulak guna sejenis tepung ja, tepung kastad. Mudah pun mudah. Rasa dia pun berbeza la dari serimuka lain. Ada rasa kastad... Resepi asal ni dari Alongroz, tapi aku C&P kat Madiha... Resepi ni aku dah buat dua kali, yang ni kali kedua... Kali pertama tu lapis atas dia lembik sikit, tak la lembik mana pun. Aku lebih suka bahagian atas tu keras sikit, senang nak potong. So kali kedua ni aku  tambah sikit lagi tepung kastad tu. Alhamdulillah, ok.. Kena pada citarasa ku ini... Huhuhuuu.... Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah ni ya...



Sumber : Alongroz beli dari Chef Asma (bersama trio steamer)

Saiz loyang: 10" persegi (atau guna 7" persegi utk separuh adunan)


LAPISAN BAWAH:

-500g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam
-300ml Santan Pekat
-300ml Air
-2 st Garam
-20g Sagu - rendam dgn air & pewarna merah/pink

CARA2:
  1. Tapis beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam. Kukus selama 30 minit.
  2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.

LAPISAN ATAS:

-250g Gula
-100g Tepung Kastad
-400ml Santan Pekat
-400ml Air
-4 bj Telur
-1 /2 st Garam
-Beberapa titik Esen Vanilla
-Pewarna Kuning (HomeKreation: tak perlu sbb tpg kastad dah kuning)

CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas). Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
  3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.



      Yang kat bawah ni adunan separuh yang aku buat. Kalau yang nak buat separuh adunan macam aku boleh la tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang 6.5'' x 6.5''

LAPISAN BAWAH:

-250g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam [ aku letak 200gm ]
-150ml Santan Pekat [ aku guna 200ml santan  saja, sama paras dengan beras pulut ]
-150ml Air [ tak letak ]
-1 st Garam
-10g Sagu - rendam dgn air & pewarna merah/pink

CARA2:
  1. Tapis beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam. Kukus selama 30 minit.
  2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.

LAPISAN ATAS:

-125g Gula [ aku letak 100gm ]
-50g Tepung Kastad [ aku letak 80gm sebab sebelum ni buat lembut sikit ]
-200ml Santan Pekat
-200ml Air [ aku ganti santan cair ]
-2 bj Telur
-1 /4 st Garam
-Beberapa titik Esen Vanilla
-Pewarna Kuning (HomeKreation: tak perlu sbb tpg kastad dah kuning)

CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas). Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
  3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.




Selamat mencuba...

Sunday, 28 April 2013

Kuih Lompang



   Salam dan selamat pagi.... Hari ni jom layan kuih lompang.... Resepi ni aku amek kat sweet lily01 Myr. Aku ni dah banyak kali buat kuih lompang, tapi selalu fail... Tak mau jadi lubang... Cuma dua kali ja jadi. Lepas-lepas tu tak pernah jadi dah. Walaupun aku guna resepi yang sama.. Yang ni pun tak berapa mau jadi lubang. Nampak lopak sikit ja. Bukan salah resepi ni ya, salah orang yang tiru resepi ni... Ada sumpahan apa..... HuHuHuHuuu... Jangan dok mengarut laa.... Tak pa, lepas ni buat lagi bagi jadi lubang tu.... Untuk resepi ni dah ok, cuma aku rasa manis sangat la... Tak tau la, lidah aku yang rasa. Tang lain dh ok dah.... Cuma manisnya ja.... Sapa yang teringin nak makan lompang hari ni boleh la tengok-tengok resepi kat bawah ni....



Bahan-bahan

-1 1/2 cawan tepung beras
-1 sudu makan tepung ubi
-1 sudu kecil air kapur
-1/2 cawan gula pasir [ aku letak 1/4 cawan ]
-1/2 cawan gula merah
-2 cawan air
-daun pandan
-kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap


Cara-cara
  1. Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. Kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. Kukus 10 minit atau hingga masak [ aku kukus 15 minit ]. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. Hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.



Walaupun tak berlubang...
Tutup dengan kelapa parut habis cerita....

Friday, 26 April 2013

Blueberry Cheese Cake



   Salam semua... Wah pepagi lagi dah tayang kek.... Huhuhuuu... Tapi kek ni dah habis ya.. Kalau tengok gambar kat atas tu nampak lelehan yang comot sikit... Hmmmm... Cheese cake ni tak yah bakar, cuma perlu dibekukan dalam peti sejuk saja. Aku memang tak pernah makan lagi cheese cake cara ni... Ni la first time aku buat.... Kalau yang bakar tu memang selalunya buat. Rasanya kalau buat cara ni lebih cepat dan mudah dari yang bakar... Tu bagi aku la... Rasa macam ala-ala aiskrim pulak bila makan sejuk-sejuk...Untuk resepi ni aku C&P dari Arah. Boleh jugak rujuk kat Kak Zai dan kat Kak Hana. Jom kita tengok resepi kat bawah ni....





Bahan-Bahan

Bahan-bahan A:
-250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
-125 gm mentega tanpa garam - letak 100g [ aku letak 80gm ]

Bahan-bahan B:
-200 ml krim putar(whipping cream)
-250 gm krim keju
-165 gm gula kastor - letak 150g [ aku letak 70gm ]
-1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
-15 gm gelatin halal
-100ml air
* campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
-Blueberry topping secukupnyer
-Jus lemon
-Gula caster [ tak letak ]
-Sedikit air


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci [ aku guna loyang 6 inci ].
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan . Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
  8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
  9. Tuangkan kuah topping hingga habis.


Rasa ala-ala aiskrim gitu...
Mmmmm...
Lazatnya...

Thursday, 25 April 2013

Bingka Telur



   Salam semua... Hari ni buat bingka lagi, bingka telur... Aku ni memang suka sungguh makan bingka. Tak kira la bingka apa pun. Resepi ni aku amek kat joayeeMyr. Untuk adunan ni aku buat separuh ja. Kalau nak buat full boleh tengok resepi kat sini. Mintak restu share resepi kat sini ya... Kalau ada sapa-sapa yang nak buat separuh adunan jugak boleh tengok resepi kat bawah ni... Jom-jom...


Sumber : Joayee Myr

Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang 8x8 ]

-3 biji telur
-1 cwn air daun pandan( atau 1 cwn air + colour kuning)
-1tin santan (400ml ) atau santan pekat
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1 cwn gula [ aku letak 1/2 cawan ]
-1/2 tsp garam
-2 tbs butter-cairkan

Cara-cara
  1. Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  2. Tarukkan 1/2 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. masukkan dalam oven.
  3. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3". sedap nipis2.
  4. Masak sehingga perang. [ aku masak 1 jam pada suhu 150c ]




Tuesday, 23 April 2013

Bun Nestum


    Salam semua.... Jom kita meroti kali ni... Ahhhh... Terlebih rajin aku nak meroti kali ni... Kalau nak meroti ni memang kena rajin. Tambah-tambah kalau tak da BM. Memang kena guna banyak kudrat untuk uli doh ni... Perhhh... lengoh jugak la tangan ni dibuatnya... Tapi lenguh-lenguh pun hasilnya tetap memuaskan... Untuk resepi ni aku amek tak lain tak bukan dari kak ros jintanmanis la... Macam-macam resepi kat situ... Pilih saja mana yang berkenan. Untuk resepi ni aku guna nestum biasa, tapi kak ros guna yang 3 in 1. Guna yang mana ada je la... Janji nestum jugak kan... Gebu dan sedap... Tu yang dapat aku katakan. So, sapa-sapa yang rajin nak menguli doh roti boleh la tengok resepi kat bawah ni....






Bahan-bahanya

-200gram tepung roti [ aku guna tepung gandum ]
-50 gram tepung gandum
-1 paket Nestum 3 in One ( ros guna jenama nesvista) [ aku guna 40gm nestum biasa ]
-1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
-2 sudu besar gula
-1 biji telur (3\4 biji telur letak dlm doh bakinya buat gliss pada roti)
-2 sudu besar marjerin
-100ml susu segar ( atau air suam)
-1 1/2 sudu kecil yis
-1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe) [ aku letak jugak ]

-sedikit nestum untuk ditabur atas roti [ aku tambah ]


Caranya.
  1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.
  2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil [ aku bahagi kepada 9 bahagian dan susun atas dulang 6 1/2 inci ] dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, glis pemukaan roti dengan baki telur dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula [ aku tabur dengan nestum ].
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang, satu lagi resepi bun yang berkhasiat untuk seisi keluarga anda.


Ni rupa dalamnya...
memang gebu...

Monday, 22 April 2013

Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah



   Assalamualaikum semua.... Petang ni panas semacam ja kat kampung aku ni... Tengok kat luar mendung... Nak hujan la kot... Mintak-mintak la hujan... Dah berapa hari dok panas lit-lit.. Tak tahan den... Ok la, berbalik pada N3 hari ni, aku nak tayang kek coklat lagi... Jangan jemu la pulak... Huhuhuuu... Resepi ni aku copy dari AlongRoz MyR. Mintak izin  C & P kat blog saya ni ya akak...  Bagi aku ni salah satu coklat moist yang aku suka. Memang betol-betol moist kalau simpan semalaman dalam peti sejuk. Makan pulak dengan buttercream, lagi la best... Olalaaa... Resepi ni aku belom try cara bakar lagi. Dah google dah. Memang ada orang buat cara bakar. Katanya tekstur kek ni moist jugak. Tak jauh beza dengan yang kukus. Lepas ni aku nak try buat cara bakar jugak la sebab aku lebih suka kek coklat yang bakar. Tapi apa-apa kek coklat pun aku layan jugak, janji bercoklat.... Meh kita tengok resepi kat bawah ni...


Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat ) [ aku buat loyang bulat 8'' ]

-100g Serbuk Koko*
-250g Gula Kastor [ aku letak 100gm ]
-1 tin Susu Isian Cair*
-200g Minyak Masak Sayuran*
-250g Susu Pekat*
-4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
-150g Tepung Gandum
-1 st Bic Soda
-1st Baking Powder

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.




Buttercream

Bahan-Bahan

-100gm mentega
-100gm shortening
-100gm krimwell
-50gm coklat masakan
-5 sudu makan susu pekat manis [ kurang manis tambah lagi ]

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Ketepikan dan biar suam.
  2. Satukan mentega, shortening, krimwell dalam mangkuk pemutar dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
  3. Setelah sebati masukan susu pekat manis dan coklat masakan. Putar sehingga sebati.
  4. Guna kelajuan sederhana dan putar sehingga kembang.
  5. Setelah kembang, boleh dilepa pada kek.


Coklat Ganache

Ganache ni aku buat sikit saja. Kalau nak buat tutup seluruh kek kena buat dua kali ganda la...


Bahan-Bahan

-150gm coklat masakan
-50ml krim putar /  whipping cream

Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil. Satukan dengan krim putar dan masak secara double boiler. Kacau rata sehingga coklat larut. [ kacau pelan-pelan, jangan bagi ada buih nanti tak cantik macam aku buat ]
  2. Setelah coklat larut kesemuanya, bolehlah di tuang atas kek.


Cara Deco Kek

Bahan-Bahan

-almond nibs secukupnya

Cara-Cara
  1. Setelah kek sejuk, potong kek kepada tiga bahagian. Letak lapisan pertama atas papan kek. Sapu buttercream keseluruh permukaan. Tabur almond nibs dan letak sekeping lagi kek. Ulang hingga habis.
  2. Sapu keliling kek dengan lebihan buttercream. Setelah siap, simpan seketika dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan kek dan tuang ganace yang masih cair / suam di tengah-tengah kek. Biar ganache meleleh sendiri hingga ke bawah kek.



Memang super moist...

Sunday, 21 April 2013

Puding Roti Marble



   Salam semua... Musim panas ni tak tau nak habis bila ya... Bila panas-panas macam ni memang nak makan benda yang sejuk-sejuk macam agar-agar atau puding. Nak makan aiskrim takut batuk pulak.. Dah la baru baik, tak pasal-pasal datang balik batuk tu... Uuuuu... Tak mau, tak mau... So, aku pun buat Puding Roti Marble ni. Memang sedap. Tambah-tambah makan sejuk-sejuk... Resepi ni aku copy dari hana 6877Myr. Resepi dia letak perisa koko, tapi aku ubah letak perisa lain. Nak cuba tengok, rasa macam mana... Hmmmm... Memang sedap, satu keping tak cukup.... Lepas ni kena buat lagi... Jom tengok resepi kat bawah ni...


Bahan-bahan ( satu loyang ) [ aku guna loyang 8x8 ]

-4 keping roti
-2 biji telur
-1/2 cawan susu pekat [ aku letak 1/3 cawan ]
-170ml susu cair [ aku letak 200ml ]
-8gram serbuk agar2 [ aku guna 10gm agar-agar tali ]
-1/2 cawan gula - bleh kurangkn
-2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
-31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. [ aku letak 800ml ]
-2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) [ hijau = pandan paste, kuning = perisa pisang & pink = perisa strawbery ]

Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. [ aku cuci dan rendan agar-agar bertali dengan 600ml air kemudian masak hingga agar-agar dan gula hancur ]
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn) [ 200ml ]. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! [ aku bahagi kepada 3 dan letak pewarna dan perisa untuk setiap bahagian ]
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!




makan sejuk-sejuk memang sedap.....
selamat mencuba...

Friday, 19 April 2013

Donut Rangup Di luar Gebu Di Dalam



   Salam semua.... Hari ni aku nak kongsi resepi donut yang rangup dan gebu. Resepi ni aku amek kat yaniMyr. Thanks ya sebab kongsi resepi donut ni. Memang sedap... Aku cukup suka donut yang rangup-rangup ni. Kalau buat donut yang biasa tu aku akan goreng bagi lama sikit, nak bagi rangup.... Sapa-sapa yang teringin nak rasa boleh la cuba resepi kat bawah ni...


Bahan-bahan ( +-16 biji )

-200g tepung berprotin tinggi
-50g tepung gandum
-50g tepung jagung( corn starch)
-30g gula
-2/3 sudu kecil garam
-1 sudu besar baking powder
-2(6g) sudu kecil dry yeast
-190ml (susu segar + 1 biji telur )
-50g lemak sayur
-Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Masukkan pula susu dengan telur dan juga yeast. Kacau sekejap. Kemudian masukkan lemak sayur. Uli sehingga tak melekat ditangan. Biarkan doh yang dah diuli selama 40- 45 minit.
  3. Boleh juga uli guna breadmaker atau food processor.
  4. Canaikan doh setebal 1-1.5 cm di atas papan canai. Tutupkan dengan kain lembab. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Terapkan doh dengan donut cutter. Biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum digoreng.



Gebu dan rangup...
Memang sedap...

Thursday, 18 April 2013

Kek Span Coklat Almond


   Salam semua.... Sihat...? Aku kurang sihat sikit, batuk-batuk... Uhuk...!! Uhukk...!!! Siap ada bunyi batuk lagi... Hahhahahaa... Tak pa, makan ubat nanti ok la tu... Berbalik pada kek aku ni, aku buat ni masa hari jumaat lepas, hari sabtu baru makan... Maksudnya harini kek tu dah lincin la.... Huhuhuhuu... Buat kek ni pun saja-saja... Nak makan-makan dengan keluarga. Takda rancangan pun nak buat... Untuk kek ni aku amek kat QH. Resepi dia cuma kek span almond ja. Aku tambah serbuk koko jadi la kek span coklat almond.. Pandai-pandai ubah resepi orang... Jangan marah ya kak... Heheheee... Untuk dekonya aku pernah tengok kat blog ABM. Nampak cantik dan simple. Tiru jugak la.. Untuk kek, dia buat red velvet. Kalau sapa rajin boleh la buat kek red velvet macam dia. Resepi kat sini. Aku tak berapa rajin lagi. Cara aku deko ni masih kurang memuaskan. Ye laa... Aku ni baru nak belajar deko kek. Belajar pun takat tengok kat internet, nak pi kelas belom sempat lagi... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni....



Resepi Asal : KEK SPAN ALMOND
Diolah         : Kek Span Coklat Almond


Bahan-Bahan

Bahan A:
-120gm tepung kek*
-30gm serbuk almond*
-2 1/2 sudu makan serbuk koko* [ aku tambah ]
-1 sudu the serbuk penaik*
*Ayak dan satukan kesemua bahan tersebut. Ketepikan

Bahan B:
-4 biji telur gred A
-120gm gula kastor [ aku letak 80gm ]
-10gm ovalet

Bahan C:
-40ml air
-1 sudu teh esen vanila
-60gm minyak masak

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 7", griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper. Adunan kek ni QH bakar 2 kali sebab menggunakan loyang size kecil 7”. Boleh juga menggunakan loyang 9”. [ aku guna 2 loyang 8'' ]
  2. Ayak dan satukan bahan A ke dalam mangkuk sederhana besar. Ketepikan
  3. Menggunakan pemukul elektrik, putar telur dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovalette.
  4. Masukan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Kemudian masukkan esen vanilla dan air. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada suhu oven masing2. [ aku bahagi 4 bahagian sama banyak, masak satu per satu. kalau oven besar masuk dua loyang sekali gus. Bakar pada suhu 150, selama 20-25 minit ]
  7. Bila kek sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan keluarkan dari acuan.
  8. Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi dua untuk setiap kek tersebut sebelum dilepa dengan krim. [ kalau ikut cara aku tak payah la nak bahagi kek tu ]




  Untuk buttercream ni aku buat kurang manis. Kalau sapa-sapa yang suka manis boleh la tambah gula aising atau susu pekat manis tu...

Buttercream

Bahan-Bahan

-250gm shortening [ kalau nak sedap ganti mentega ]
-250 krimwell
-100gm gula aising [ diayak ]
-3 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1.  Satukan kesemua bahan dalam mangkuk pemutar. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga kesemua bahan sebati. Setelah sebati pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
  2. Bahagi kepada beberapa bahagian dan letak warna yang sesuai


Cara Deko Kek

Bahan-Bahan

-air nescafe
-serbuk badam
-coklat rice

Cara-Cara
  1. Setelah kek sejuk, letak sekeping kek di atas papan kek. Renjis sedikit air nescafe dan sapukan buttercrem keseluruh permukaan kek tersebut. Tabur serbuk badam dan coklat rice. Kemudian letak sekeping lagi kek diatasnya. Ulang hingga habis untuk setiap lapisan kek.
  2. Selepas itu lepakan buttercream keseluruhannya dengan rata sehingga siap.
  3.  Simpan kek tersebut seketika di dalam peti sejuk. Ambil lebihan buttercrem dan letak warna yang disukai.
  4. Keluarkan kek yang mana Buttercream tersebut sudah keras. Hias ikut cita rasa masing..


Jom makan....
Ehh... Lupa pulak..
Dah habisss...

Tuesday, 16 April 2013

Bingka Roti Berjagung



    Salam dan selamat pagi semua... Hari ni aku buat bingka roti berjagung pulak. Nak buat bingka roti ni selalunya kalau roti dalam rumah ni dah tak laku. Tak pun dah nak sampai tarik luput... Kalau dok biar macam tu membazir la pulak. Nak bagi kat ayam pun... Hmmmm, bukannya nak makan. Sombong betol ayam kat rumah aku ni. Huhuhuuu.... Berbalik pada bingka ni, aku amek resepi ni kat blog citarasawan. Terima kasih kak wan sebab share resepi ni... So jom kita layan bingka roti berjagung ni... Untuk bingka ni aku buat separuh adunan ja... Yang kat bawah ni resepi full. Kalau nak buat separuh jugak, sila kurangkan sukatan sendiri.... Jom tengok resepi kat bawah ni...


C & P : Kak  Wan

Bahan-bahan

-15 keping roti sandwich
-1/2 tin jagung cream
-500ml santan
-500ml susu segar [ aku ganti santan cair ]
-180gm tepung gandum
-20gm tepung kastard
-3 biji telur
-100gm gula halus
-85gm mentega cair
-1/2 sudu teh garam halus

Hiasan : Hirisan badam, kismis atau yang disukai [ aku tambah bijan hitam dan putih dan almond nibs ]

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim. Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Buang tepi roti [ aku letak sekali tepi roti tu ] dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi. Perap selama 20 minit. Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati.
  3. Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin. Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis [ aku letak bijan sama, kismis aku tak boh ].
  4. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.


Sunday, 14 April 2013

Agar-Agar Santan Gula Merah


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni aku nak update pasal agar-agar santan gula melaka yang aku buat ni. BTW, agar-agar ni dah lincin ye.... Kejap ja habis. Tambah-tambah sekarang ni kan cuaca tengah panas.... Ok la, tak payah banyak cerita, jom tengok resepi kat bawah ni....

Bahan-Bahan

Bahan A
-1 cawan air [ 200ml ]
-150gm gula merah
-100gm gula kasar
-1 helai daun pandan

Bahan B
-10gm agar-agar tali
-800ml air

Bahan C
-1 cawan santan [ 200ml ]
-1 biji telur
-garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan dan tapis.
  2. Masak bahan B hingga agar-agar larut [ cuci dan rendam agar-agar sebelum masak ]. Masukkan bahan A. Sambung masak hingga mendidih.
  3. Pukul bahan C dengan whisk hingga berbuih dan tuang kedalam adunan agar-agar yang mendidih tadi dan kacau seketika.
  4. Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biar beku. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais.
  5. Sedap dinikmati sejuk-sejuk....



Nyaman sekali...
Selamat mencuba....

Friday, 12 April 2013

Bingka Nestum Pandan Crunchy



   Salam... Makan apa pagi ni..? Aku sarapan dengan bingka nestum pandan crunchy... Buat bingka ni pun sebab nak habiskan stok nestum. Sebelom sampai tarik tamat tempoh dia, baik habiskan dulu. Kalau tak rugi, pastu membazir la pulak.. Resepi ni pun aku dah lama simpan, cuma tak rajin nak buat lagi, tapi sebab bahan dah ada kena buat jugak la. Kalau tak sampai bila-bila pun tak dapat merasa. Untuk resepi ni aku amek kat Hasue. Resepi asal tak boh perasa pandan [ dari datin lulu Myr ], tapi Hasue dah ubah bahan dan tambah perasa pandan. Bila boh pandan ni lagi la sedap. Tambah-tambah bau nestum tu sendiri. Masa dekat nak masak tu, wangi satu rumah. Bau pandan dan nestum katakan. Jadi tak sabar nak makan. Untuk bingka ni aku guna loyang 6x6 sebab nak bagi nampak tinggi sikit. Asalnya guna loyang 7x7. Bila dah guna loyang kecik, masa bakar pun kena lebihkan la. Aku bakar satu jam. Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni....




Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci ) [ aku guna 6x6 ]

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan santan
-1/2 cawan susu sejat
-2 biji telur gred A
-1/3 cawan gula pasir [ aku letak 1/4 cawan ]
-1/3 cawan susu pekat manis/krimer manis [ aku letak 1/4 cawan ]
-1/2 sudu besar tepung jagung
-1 sudu kecil garam halus
-1 sudu besar butter - dcairkn
-1/2 sudu teh pes pandan
-1/2 sudu teh esen vanila(optional)
-3/4 cawan nestum original

*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan

Cara-cara
  1. Panaskn oven 180'C. Blend / kisar semua bahan [ nestum tu aku tak blend, bahan lain aku blend. lepas blend baru aku campurkan nestum dan gaul sebati ]
  2. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil...
  3. Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum di atasnya
  4. Bakar 45-50 minit @ sehingga masak (bergantung suhu oven) [ aku bakar 1 jam ]
  5. Selamat mencuba & menikmati hasilnye..


Sedappp....!!!

Wednesday, 10 April 2013

Mocha Chocolate Chip Muffins


   Salam semua... Hari ni aku cuma buat muffin ja. Rasa malas la pulak nak buat kuih atau kek... Nak buat muffin ni pun rasa malas jugat. Kalau tak buat, nanti tak da pulak benda nak makan waktu petang ni. Aku ni payah sungguh kalau nak buat muffin yang sukat-sukat ni. Selalunya beli yang balik bancuh kat rumah ja. Cepat sikit... Tak pun kalau pi kedai pakcik kenny kompem oder muffin lebih. Bagi aku, muffin kat situ dah sedap dah... Padahal kalau tengok nampak besa ja. Peberet aku semestinya rasa mocha la. Tu yang aku try buat perasa mocha tu. Walaupun rasanya tak sama macam kat kedai pakcik kenny tu, tak kisah la... Janji jadi dan sedap kat mulut ni. Resepi asal muffin ni cuma plain dan taruk coklat chip saja. Aku dah tambah perasa sikit. Lagipun bahan-bahan dia pun tak banyak, so cukup la untuk bilangan orang dalam rumah ni. Resepi ni aku amek dari kak azie kat blog Azie kitchen. Mintak maap ye kak, saya dah ubah resepi ni... Huhuhuuu....


Chocolate Chips Muffin [ diubah jadi Mocha Chocolate Chip Muffins ]

Bahan bahan:

-125 gm tepung gandum
-7 gm baking powder [ 1 sudu teh ]
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-75 gm minyak masak
-75 gm susu segar [ aku letak susu cair ]
-75 gm gula caster
-1 biji telur B [ aku letak gred A ]
-1 1/2 sudu makan serbuk koko
-2 sudu teh serbuk nescafe + 1 sudu maka air panas [ di bancuh bersama ]
-1 sudu teh mocha paste
-1/2 sudu teh vanila
-Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:
  1. Kacau sebati minyak, susu, gula, telur, bancuhan nescafe, mocha paste dan vanilla.
  2. Satukan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dan diayak. Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak ke dalam bancuhan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
  3. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. [Aku masukkan dalam piping bag, potong hujungnya dan picit dalam paper cup. Buat macam ni mudah dan tak comot ]
  4. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.


Monday, 8 April 2013

Makaroni Goreng


    Salam semua... Ni menu untuk makan malam aku. Aku buat makaroni goreng. Masak pun ala kadar ja. Boh bahan apa yang ada dalam peti sejuk tu. Sedap jugak la... Huhuhuu... Sekali sekala ganti nasi dengan makaroni best jugak. Asalnya teringin nak buat makaroni bakar, tapi keju tak da la pulak... Tak pa lahhh, makaroni goreng pun jadi ler.... Janji perut aku ni tak kruk-krak kruk-krak... Jom layan resepi kat bawah ni...


Bahan-Bahan

-1 cawan makaroni
-4 ekor udang
-1 ekor sotong
-mix veggies
-shiitake mushroom
-1 sudu teh cili flakes
-1 sudu makan kicap
-2 sudu makan soso cili
-1 sudu makan mix herbs
-1 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-parsley flakes
-garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Rebus dan toskan makaroni. Ketepikan. Buang kulit udang dan belah belakangnya. Cuci kekotoran yang ada. Potong sotong nipis-nipis. Potong juga shiitake mushroom.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos cili, kicap dan cili flakes. Masukkan udang dan sotong. Gaul rata.
  3. Bila udang dan sotong hampir masak, masukkan makaroni dan diikuti mix veggies, shiitake mushroom serta mix herbs. Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam. Tutup api dan tabur sedikit parsley flakes jika suka. Sedia dinikmati.


Jemput makan...


Sunday, 7 April 2013

Puding Cendol Jagung Manis


   Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi puding cendol yang aku dah olah sedikit. Tak banyak pun, cuma tambah jagung berkrim ja... Yang sebenarnya aku nak buat talam cendol jagung manis dari kak wan tu, tengok-tengok bahan tak cukup pulak. Ganti buat puding cendol la. Resepi talam cendol jagung manis tu simpan dulu, nanti dah cukup barang dan ada masa baru buat. Tapi disebabkan dah ada jagung krim tu, aku boh sekali la dam puding cendol yang aku nak buat ni. Maka terhasil la puding cendol jagung manis. Aku amek resepi ni kat tuntung15 dari Myr. Untuk puding ni aku cuma buat separuh adunan ja. Ikut isi rumah yang ada. Kalau buat resepi penuh nampak gayanya dua tiga hari gak la baru nak habis..Hmmmm... Sapa-sapa yang nak try boleh la tengok resepi kat bawah ni....



C & P : tuntung15 [ Puding Cendol ]


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 7x7 ]

Bagi Lapisan Bawah
-250ml air [ aku ganti santan cair ]
-90gm gula pasir
-150ml santan pekat [ aku guna santan pekat fresh ]
-5gm agar - agar powder
-250gm cendol [ aku letak 200gm ]
-100gm jagung berkrim [ aku tambah ]
-sedikit garam

Cara-Cara
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol dan jagung berkrim. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.


Bagi Lapisan Atas
-250ml air
-100gm gula merah
-250ml santan pekat [ santan fresh pekat ]
-5gm agar - agar powder
-1 biji kuning telur [ ganti 1/2 sudu makan tepung jagung ]
-sedikit garam
Cara-Cara
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 250ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3.  Kocoh kuning telur [ aku letak tepung jagung dalam santan sebab tak guna telur ] di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  4. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  5. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


Rasanya lemak-lemak manis...
Dan berkrim...

Saturday, 6 April 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese


    Salam semua... Hari ni tayang kek coklat lagi [ n3 tertunggak ].... Kek coklat kukus lapis cream cheese... Dalam dua tiga minggu ni keja makan yang lemak-lemak ja... Berat badan boleh bertambah ni... Heheheee... Walaupun kek ni ada keju, tapi memang tak muak. Tiga keping pun tak cukup. Rasa lemak-lemak cheese tu bila bergabung dengan kek coklat kukus tu memang serasi bersama.... Acewahhh.... Gandingan yang mantap lahh.... Huhuhuu... Kek ni last aku buat pun masa hari raya haji tahun lepas... Dah lama jugak la... Tu yang teringin nak buat sangat tu... Resepi ni aku copy dari CMG. Asalnya dari kak Yatie. Mintak izin share dan C&P resepi kat sini yaa... Jom kita semak resepi kat bawah...


Sumber : Kak Yatie
C & P   : CMG

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)

-2 biji telur gred A
-1 cawan gula kastor [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 camca teh esen vanilla
-Sedikit garam
-1/2 cawan air panas mendidih
-1/2 cawan susu cair/susu segar
-1/2 cawan minyak jagung
-1 cawan tepung gandum*
-3 camca besar serbuk koko*
-1 camca teh soda bicarbonate*
-1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)

-250 gram cream cheese
-60 gram gula halus [ aku letak 40gm ]
-1 biji telur grad A
-1 camca besar air
-1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. T uang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit.
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. T erus mengukus hingga masak.
  5. Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong...



Hmmmm....
Potongan yang kurang mantap...
Nampak comot...

Thursday, 4 April 2013

Buttermilk Moist Chocolate Cake


   Salam semua... Hari ni kita layan kek coklat... Tapi bukan kek coklat yang selalu dok buat tu, kali ni aku buat Buttermilk Moist Chocolate Cake. Memang moist kek ni. Lagi satu, aku suka kek yang moist tapi dibakar. Aku cukup suka. Yang kukus tu sedap jugak tapi selalu buat.. Teringin nak makan yang bakar pulak. Rasa dia memang sesuai kat lidah aku sebab manis dia dah cukup, tak payah nak kurangkan gula kalau nak buat lagi kek ni. Kek ni aku saja la nak deko siki. Bagi nampak meriah. Selalu makan kek coklat cuma letak ganache ja... Tapi kali ni aku boh krim lagi.. Baru nampak terliur sikit. Resepi ni aku buat separuh adunan ja guna loyang bulat 7 inci... Lepas ni kena buat loyang 6 inci la, baru nampak tinggi sikit. Nak deko pon bersemangat... Jom tengok resepi kek ni...

Buttermilk Moist Chocolate Cake
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 7 inci ]

-150gm tepung gandum
-200gm gula perang
-25gm gula kaster
-50gm serbuk koko
-1/2 sudu teh serbuk penaik
-1 biji telur saiz A
-1/2 sudu teh garam
-120ml buttermilk (120ml UHT whip cream + 1/2 sudu besar cuka makan / lemon jus, kacau hingga pekat)
-120ml minyak masak
-1 sudu teh esen vanilla
-120ml air panas

Cara-cara :
  1.  Panaskan oven pada suhu 150C. (Kek menggunakan suhu rendah)
  2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air mendidih.
  3. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam di rak tengah atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  5. Cucuk kek dengan lidi. Jika masih melekat, tambahkan masa membakar 5-10 minit lagi, cucuk dengan lidi jika keluar bersih boleh lah di keluarkan dari oven.
  6. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias mengikut suka.

** Kek lebih sedap jika di biar semalaman suhu bilik. Boleh di hias dengan coklat ganache jika suka atau di makan begitu saja.



Untuk buttercream aku guna Chocolate Buttercream Frosting - Martha Stewart Recipes [ Klik sini untuk resepinya ]. Aku cuma buat 1/3 adunan saja...

Chocolate Buttercream Frosting

Ingredients
-2 cups sugar
-1 cup egg whites (about 6 large)
-1 1/4 cups (2 1/2 sticks) unsalted butter, cut into small pieces
-16 ounces dark chocolate, melted and cooled slightly [ lebih kurang 450gm ]

Directions
  1.  Place sugar and egg whites in the bowl of an electric mixer set over (but not touching) a pan of simmering water. Whisk constantly until mixture is heated and sugar is dissolved. Attach bowl to an electric mixer fitted with the whisk attachment and continue whisking until cooled and stiff peaks form, about 7 minutes.
  2. With the mixer running, add butter, one piece at a time, until completely incorporated. Continue whisking until a light, fluffy cream has formed. Stir in chocolate until well combined.

Untuk coklat ganache aku guna resepi dari kak ita [ klik sini untuk resepinya ]. Yang ni pun aku buat 1/3 adunan saja...

GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012


Bahan Ganache Coklat

-300 gm krim tenusu
-30 gm sirap glukos
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap dan kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya


Memang moist...
Lagi sedap makan dengan krimm...
Nyum...Nyumm...

Wednesday, 3 April 2013

Bun Manis Butterscotch atau Vanila



   Salam dan selamat malam semua... Hari ni lewat sikit update blog... Huhuhuuu... Resepi kali ni aku nak kongsi pasal Bun Manis Butterscotch atau Vanila. Memang gebu dan lembut roti ni. Tambah-tambah lagi ada bau butterscotch tu... Lagi la terliur... Hahahaa... Makan satu tak cukup... Resepi ni aku amek kat blog jintanmanis. Terima kasih akak sebab share resepi roti ni dan mintak izin  C&P resepi akak kat blog saya ni ya... Roti ni gebu sebab menggunakan water roux. Memang tak dinafikan. Sebelom ni pun ada buat roti guna water roux, semuanya menjadi dengan gebunya. Sapa-sapa yang teringin nak cuba boleh la copy resepi kat bawah ni....



Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya

-300gram tepung roti (tepung high protein)
-50gram tepung gandum
-2 sudu besar susu tepung@skim milk
-2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
-1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
-40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
-1/2 sudu kecil garam
-6gram yis atau 2 sudu kecil yis
-120ml susu suam@air suam
-3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver [ klik sini untuk resepi water roux ]
-1 sudu kecil baking powder
-3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik
esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, [ aku letak dalam loyang 8x8 ] pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
  5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


Cicah dengan milo pun sedap....