Tuesday 5 August 2014

Biskut Suji Crystal



    Assalamualaikum.... Ni biskut raya yang ke berapa pun aku tak pasti... Tak pa la, yang penting dah siap dan menjadi... Harap tak jemu la asyik dok tengok resepi biskut raya jee... Biasa la time raya la yang rajin nak buat biskut ni... Waktu lain kureng sikit.... Rasanya biskut ni pun antara biskut yang paling senang nak buat... Satukan adunan, gentel-gentel dan bakar... Senang kan... Rasa pun sedap... Lemak-lemak minyak sapi dan ada rasa kacang badam sebab letak serbuk badam. Lagi satu, biskut ni akan kembang masa bakar nanti. Masa gentel tu jangan la besar sangat, takot nanti kembang dah tak cun... Kalau nak cantik lagi boleh la pelbagaikan warna biskut ni.... Meh kita tengok resepi biskut ni pulak...





Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
C&P : Kak Wan

Bahan A(diayak bersama)
-250gm tepung gandum
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh baking soda

Bahan B
-125gm gula icing
-1/8 sudu teh garam
-100gm badam kisar (dipanggang)
-1/2 sudu teh perisa vanila
-200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster


Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
  2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
  3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
  5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.




6 comments:

  1. comel ja kan biskut suji crystal tu..

    ReplyDelete
  2. kalau tak salut dengan gula, boleh jugak eh?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ok kot...
      tp nanti hilng la ke''crystal''an bskt ni...
      hihihiii...

      Delete
  3. Salam Syafiq,

    Selamat hari raya! Banyak sungguh buat kuih raya tahun ni ye :)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...