Friday 31 October 2014

Nasi Komok atau Khao Mok Gai



    Asssalamualaikum dan selamat petang semua.... Ni menu tengahari tadi... Kalau nak rasa, harap maaf ye, dah habis. Aku buat sikit je. Cukup-cukup untuk tiga orang makan. Resepi nasi ni aku tak pernah dengar sebelom ni. Katanya nasi komok ni bermaksud nasi briani siam. Walaupun aku dok sempadan dengan negeri siam, tak tau la pulak wujud nasi ni. Aku tanya mak aku maksud khao mok gai tu, mak aku cuma paham khao yang bermaksud nasi. Tu pun tak pasti. Mak aku pun dah tak berapa ingat bahasa siam ni... Sapa nak kepastian cer googel tengok ok.... Pasal rasa nasi ni pulak sedap jugak, cuma kalau tengok macam set nasi ayam ja.. Cuma tak ada kicap pedas... Untuk set nasi ni aku memang buat sikit sebab dalam rumah ni ada tiga orang ja... Ayam tu aku buat separuh. Nasi pulak aku sukat beras sebanyak 1 1/2 cawan. Main agak-agak masa nak sukat air untuk tanak nasi tu... Terima kasih kepada yang menyumbangkan resepi nasi ni... Jom tengok resepi pulak....





NASI KOMOK / KHAO MOK GAI
Di kongsikan oleh : Kak Azian
Rujukan : Ayu
C&P : Kak Ita

Sebelum kita memasak Nasi Komok ni kita perlulah menyediakan rempah Komok terlebih dahulu. Sebenarnya rempah Komok ni ada di jual mungkin di utara, atau di sempadan Thailand. Tapi bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah komok bolehlah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azian.

REMPAH KOMOK
-2 sudu teh rempah kari daging
-1 sudu teh serbuk kunyit
-1 sudu teh serbuk ketumbar
-1/2 sudu teh serbuk jintan putih
-1 sudu teh garam
-1 sudu besar gula

Semua bahan di atas di satukan, campurkan sedikit air gaul rata untuk di jadikan pes.


NASI KOMOK
-1 ekor ayam ~ dipotong 4 dan cuci bersih
-5 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar, cuci dan toskan
-4 sudu besar minyak ghee / minyak sapi
-1 batang kulit kayu manis
-4 biji buah pelaga
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-1 batang serai ~ dititik ita tambah
-5 ulas bawang merah ~ dihiris
-4 ulas bawang putih ~ dihiris
-3 batang akar ketumbar ~ hiris sikit untuk buang tanahnya dan cuci bersih
-3 sudu besar Rempah Komok / guna resepi di atas
-200 ml susu cair
-8 cawan air
-garam secukup rasa
-1 kiub ayam ~ ita tambah


Cara-Cara
  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih , buah pelaga dan serai hingga harum.
  3. Masukkan bahan yang di hiris dan masak hingga ia layur
  4. Kemudian masukkan pes rempah komok dan masak hingga garing. Sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  5. Setelah garing, masukkan air dan akar daun ketumbar. Biarkan air rebusan mendidih
  6. Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa. Rebus hingga ayam separuh empuk
  7. Angkat ayam dan toskan
  8. Masukkan beras ke dalam periuk nasi
  9. Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
  10. Kemudian masukkan susu cair
  11. Perasakan garamnya jika kurang.
  12. Tanaklah nasi seperti biasa.

*Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk di buat sos cili





AYAM GORENG
-Serbuk kunyit secukupnya
-Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Ayam yang telah kita toskan tadi, kita gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  2. Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas.
  3. Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya


Ita perapkan ayam bersama rempah ayam goreng
Aku perap dengan sos lada hitam




SOS CILI
-1 cawan air rebusan ayam
-6 biji cili merah
-4 biji cili padi ~ jika inginkan pedas
-2 ulas bawang putih
-4 tangkai daun ketumbar
-2 sudu besar cuka ~ boleh juga perahkan jus lemon
-garam dan gula secukup rasa
-Sedikit cili sos ~ ita tambah
-Sedikit kicap manis ~ ita tambah


Cara-Cara
  1. Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam tadi.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat
  3. Ita tambahkan sedikit cili sos dan sedikit kicap manis
  4. Bila kuah telah pekat perasakan dengan garam dan gula
  5. Boleh tambahkan cuka atau perahan jus lemon





SUP KOMOK
Lebihan air rebusan ayam tadi, ita jadikan sup untuk di makan bersama Nasi Komok sebagai kuahnya. Ita cuma perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun ketumbar.






Wednesday 29 October 2014

Black Cherry Cheesecake




    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa petang ni... Aku tak ada buat apa-apa pun untuk petang ni. Cuma nak tayang cheese cake yang dah lama habis dimakan. Memang dah lama aku tak buat cheese cake ni. Selalu kalau nak buat pun yang jenis gebu-gebu dan ringan-ringan. Tapi kali ni buat yang berat sikit. Resepi pun muda. Bahan yang nak guna pun tak banyak. Kalau makan cheese cake jenis ni memang cepat kenyang. Tak macam cotton soft japanese cheesecake, kalau yang tu berkeping-keping makan pun tak heran. Terima kasih alongroz sebab kongsi resepi ni. Katanya ni cheesecake kesukaan anaknya... Aku pun suka jugak. Sedap, separuh cheesecake tu aku yang makan sorang. Huhuuu... Ok la, kalau nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tuuu...







Black Cherry Cheesecake
C&P : AlongRoz
Saiz: 5" x 8" ( aku guna loyang bulat springform 6'' )

BASE:
-1 bungkus Biskut Oreo - buang inti & hancurkan
-2-3 sb Butter

Cara-Cara

  1. Gaulkan sebati & tekan ke dlm tin yg di lapik kertas/aluminium.
  2.  Bakar selama 10 minit 180C.



FILLING:
-1 pack/250g Cream Cheese
-1/3 cwn Gula
-1 bj Telur (Gred A)
-2 sb Susu Cair Evaporated
-1 st Esen Vanilla

Cara-Cara

  1. Pukul Cream c heese & gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur & pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu & EV, pukul sebati.
  4. Bakar 170C selama 30 minit sehingga permukaan nya agak pejal.
  5. Sejukkan di suhu bilik.
  6. Tuangkan topping black cherry & sejukkan dlm petisejuk semalaman.



TOPPING:
-1/2 tin Blac k Cherry filling
-30ml Air Panas
-1/2 st Serbuk Agar-Agar (Along guna 1 st keras sedikit, so sarankan separuh jer) ( aku letak 1/2 st )

Cara-Cara

  1. Campur kesemua bahan & masak sehingga agar2 larut.
  2. Sejukkan sedikit sehingga suam & tuang ke atas cheesecake.






Sunday 26 October 2014

Jeruk Betik Asam Boi & Salam Maal Hijrah 1436



    Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1436. Tahun baru, kita mula buku baru. Kita lupakan kisah-kisa lama. Kita mulakan hidup baru... Tengah malam ni aku nak share satu resepi yang sangat hot kat FB sekarang ni. Apa lagi kalau bukan jeruk mangga asam boi. Tapi aku tak ada stok buah mangga kat rumah ni. Jambu batu pun tak masak lagi... Hmmm... Yang ada pun buah betik... Jadi la... Rasa pun sedap, cuma tak masam macam buah mangga la. Walaupun tak masam, makan tetap dok ulang jugak. Selalunya benda-benda macam ni orang mengandung ja yang minat. Sekarang ni dah tak kira sapa pun. Termasuklah aku... Hahahaa... Sedap habis... Untuk jeruk betik asam boi ni aku letak hirisan cili padi yang hijau saja. Yang merah aku letak sebijik-sebijik sebagai hiasan saja. Tak berani nak potong. Nak tau sebab apa, yang merah tu memang pedas yang amat kalau nak bandingkan dengan yang hijau tu... Tak berani aku... Sapa yang nak try boleh tengok resepi kat bawah ni... Bukan payah mana pun... Campur-campur bahan ja... Ok la, byee...








Jeruk Betik Asam Boi
Sumber : FB & Google

Bahan-Bahan
-1 biji betik mengkal
-1 cawan gula ( boleh kurangkan )
-1 bungkus asam boi ( RM2, hihii )
-1 sudu teh garam
-cili padi merah dan hijau ( dipotong )

Cara-Cara

  1. Kupas betik dan potong kepada saiz yang sesuai. Basuh dan toskan.
  2. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan ke dalam balang dan simpan dalam peti sejuk semalaman...
  3. Siap dan boleh makan sambil nonton tv...






Wednesday 22 October 2014

Upside Down Pineapple Cake & Happy Deepavali



    Assalamualaikum semua... Sebelum tu nak ucapkan Happy Deepavali kepada yang menyambutnya. Kepada yang tak sambutnya selamat bercuti. Kepada yang kena kerja, selamat bekarja lah... Hihiii... Petang ni nak tayang kek yang nampak sangat cantik dipandang... Rasa kek ni macam kek butter pun ada. Cuma satu ja, ada rasa masin sikit kat permukaan buah nenas tu. Ni sebab aku guna salted butter la kot. Lepas ni kalau nak buat kena guna yang unsalted la pulak... Mmmm... Takat sini lah dulu, tak tau nak tulis apa dah. Ok, byee...








Upside Down Pineapple Cake
Sumber : CMG
C&P : Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA
-2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
-Ceri merah secukupnya
-250 gm mentega
-5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
-135 gm gula halus
-135 gm tepung gandum*
-2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
-1 camca teh esen vanilla
-1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah ( aku pun tambah )

Bhn utk karamel
-2 camca besar butter di cairkan
-1/4 cwn gula perang/brown sugar


CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur 2. rata brown sugar. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  5. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  6. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.





Tuesday 21 October 2014

Kek Pisang Marble



      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Malam ni aku nak share satu resepi kek pisang. Bukan kek pisang biasa tau, kek pisang marble okk... Kalau kek pisang biasa tu memang dah selalu dok makan kan. Apa kata kali ni cuba yang berlainan sikit. Kalau tengok resepi asal cuma letak coklat emulco ja, tapi aku dah derhaka tambah satu lagi perasa panda... Hihihiii... Jangan marah kak ros sebab saya dah derhaka resepi ni. Lagi satu aku dah ganti gula biasa kepada gula perang... Derhaka lagi... Hihihiii.... Derhaka-derhaka pun nasib baik menjadi... Selalunya kek yang dok derhaka ni boleh tak menjadi tau aku dah pernah kena okk, jangan memain. Rasa kek ni sangat moist. Gandingan coklat emulca dan pandan paste memang sangat serasa. Rasa pun tak ganjil sangat... So, kalau ada yang teringin nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah ni...








Kek Pisang Marble Susu
C&P : Ros ( jintanmanis )

-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula ( aku ganti gula perang )
-1/2 cawan minyak masak
-1/2 cawan susu segar
-4 biji pisang yang ranum
-1 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-secubit garam
-sedikit esen vanila
-3 biji telur
-sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
-pandan paste ( aku tambah )


Cara-caranya
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
  2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan ( aku amik 1 senduk untuk coklat emulco dan 1 senduk untuk pandan paste ). Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat dan pandan, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.






Wednesday 15 October 2014

Devil's Food Chocolate Cake & Ulang Tahun Blog yang Ke-2



      Assalamualaikum semua... Hari ni genap la umur blog aku 2 tahun. Masih baru lagi usia blog aku ni kalau nak bandingkan dengan bloger-bloger otai yang lain. Macam-macam aku dapat selama menjadi food blogger ni.. Yang semestinya aku sekarang ni dah boleh dikatakan pandai la dalam bab-bab nak baking ni. Cuma tang nak masak ja tak berapa pandai sangat... Entah la, pasai apa aku kurang sangat tang bab nak masak-masak ni, tapi kalau bab buat kek memang laju... Hihihiii... Cuma satu yang buat aku sedih selama dok blogging ni. Orang suka sungguh curi gambar dari blog aku ni. Pastu suka-suka ja crop gambar tu supaya tak bagi nampak watermark.. Cemuih aku.... Aku bukan nak perasan kata gambar yang aku amek ni lawa sangat. Tapi sekurang-kurangnya mintak la izin kalau nak pinjam gambar tu.... Tak pun jangan la dok gatai tangan nak pi crop gambar tu...
      Kita stop kejap, la ni kita layan pulak kek yang aku buat sempena ulang tahun blog aku ni. Kalau tengok nama kek ni memang gerun jugak la. Apasal la depaa boh nama lagu tu.. Hmmm... Heran sekejap... Tapi,tapi... Walaupun nama kek ni agak mengerunkan, rasanya memang sedap. Ada pula cream cheese frostig... Tambah lagi chocolate ganache... Aduh sedapnya rasa... Resepi ni aku copy dari kak rima. Tima kasih ye kak...
     Apa-apa pun harap umur aku ni masih panjang lagi untuk meneruskan blog aku ni... Ok la, bye...







Devil's Food Chocolate Cake
C&P : Kak Rima

Cake

-1 cup all purpose flour
-1/4 cup cocoa powder (i used cocoa berry)
-3/4 tsp bicarbonate soda
-1/4 tsp salt (i used 1/2 tsp)
-1/2 cup granulated sugar
-1/2 cup brown sugar (i used light brown sugar)
-65 gram butter ( i used unsalted butter)
-1 large egg - size A
-1 tsp vanilla extract
-1/4 cup buttermilk (i used fresh milk and added distilled vinegar)
-1/2 cup warm water


Methods
  1. Preheat oven at 170C .. greased cake tin ( aku guna 2 loyang 7'' )
  2. Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
  3. Beat butter with sugars until light and fluffy, add egg.
  4. Add dry ingredients (flour, cocoa powder etc) alternately with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions
  5. Add vanilla extract and continue to mix till well blended
  6. Bake for about 30 minutes or until just cooked ( aku bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bakar dalam 20 minit )






Cream Cheese Frosting
-250 g cream cheese (room temp)
-125 g butter (room temp)
-1 cup icing sugar - sifted
-1 tsp vanilla extract
-juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste


Methods
  1. Beat cream cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.



Chocolate Ganache
-200 ml double cream with
-250 g dark chocolate, chopped finely 
-a pinch of salt


Methods


  1. In a double boiler, warm double cream until just at boiling point, add chopped chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.





Cara melapis kek
  1. Apabila kek telah sejuk potong kepada 2 bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan sapu cream cheese frosting. Letak sekeping kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 sehingga habis. Salut keseluruhan kek dengan lebihan cream cheese frosting dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
  4. Keluarkan kek dan salut dengan chocolate ganache dan hiaskan.








Monday 13 October 2014

Red Velvet by Syahir Sepet



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share satu lagi resepi red velvet yang sangat sedap. Resepi ni aku buat lama dah. Sebelum resepi red velvet ni. Cuma tak sempat nak update ja... Kalau tengok resepi red velvet yang aku dok buat ni memang tak jauh beza sangat. Kalau nak beza pun tang jenis tepung dan sukatannya... Yang lain lebih kurang sama ja. Kalau nak beza pun tang cream cheese frostingnya.... Kali ni aku cuba resepi dari syahir. Satu macam fenomena jugak la resepi red velvet dari en. kek ni.. Syahir ni banyak kongsi tips cara nak buat kek. Kalau nak berkenalan dengan dia boleh la pi usha kat FaceBook dia.. Sebelom tu terima kasih la syahir sebab izinkan aku share resepi dia kat sini... Untuk red velvet kali ni aku buat versi naked palak... Nampak menggoda tak...? Hahahaa... Untuk bagi kek ni nampak tinggi, aku guna loyang 7''. Tapi kek akan membukit kat tengah tu. So kena la potong bahagian atas tu kalau nak bagi rata... Kalau ada yang teringin nak cuba resepi ni boleh la tengok kat bawah tuu...







Red Velvet
by Syahir Sepet

Bahan-bahan A
-120 gram butter (suhu bilik)
-300 gram gula castor
-2 biji telur (suhu bilik)
-1 sudu besar essen vanilla

Bahan-bahan B
-2 1/2 cawan tepung naik sendiri
-2 sudu besar koko powder
-Secubit garam
*Ayakkan bahan-bahan di atas

Bahan-bahan C ( ButterMilk )
-1 cawan susu
-1 sudu kecil cuka
-2 sudu besar pewarna merah
*Campurkan 1 cawan susu dan satu sudu kecil cuka dan biarkan selama 5 minit

Bahan-bahan D
-1 sudu kecil soda becarbonate
-1 sudu kecil cuka
*Campurkan soda becarbonate dan cuka sehingga berbuih


Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180oc dan sediakan loyang berukuran 8 inci. ( aku guna 2 biji loyang 7'' )
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul butter sehigga kembang dan masukkan gula castor. Pukul sehigga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan essen vanilla di dalam adunan.
  4. Tambahkan bahan-bahan B dan C secara berselang seli dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.
  5. Matikan mixer. Kacau menggunakan spatula dan masukkan bahan D dan kacau sehingga rata. ( Bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian )
  6. Bakar adunan selama 40 minit atau sehingga masak ( aku bakar lebih kurang 25 minit )





Creamcheese
-500 gram cream cheese
-125 gram icing sugar
-2 sudu besar essen vanilla
-½ cawan heavy whipping cream


Cara-Cara
  1. pukul cc sehingga kembang
  2. masukkan icing sugar
  3. masukkan essen vanilla
  4. masukkan heavy whipping cream





Cara Melapis
  1. Setelah kek sejuk, potong bahagian atas kek yang tidak sekata dan bahagi kek kepada dua bahagian.
  2. Letak lapisan pertama atas papan kek dan ratakan cream cheese. Letak sekeping lagi kek.
  3. Ulang hingga habis.
  4. Hias atas kek dengan baki cream cheese.




Wednesday 8 October 2014

Kek Lapis Purnama




    Assalamualaikum... Ni kek lapis yang last aku buat untuk hari raya korban tahun ni. Untuk kek lapis ni aku cuba dari buku kek lapis sarawak oleh rabiah amit. Asalnya macam tak mau melapis kek dah. Tapi bila tengok dalam peti ais tu ada lebihan nestum lagi. Nestum ni lebih masa buat biskut hari raya aidilfitri dulu. Nak buat biskut, rasa malas pulak nak terap satu-satu walaupun tau buat biskut ni lebih cepat kalau nak bandingkan buat kek lapis ni... Alih-alih buat kek lapis la... Senang cerita... Rasa pun sedap kek lapis ni. Kalau tengok gabungan rasanya macam pelik sikit. Ada rasa pandan, oren, pisang dan kopi. Nampak pelik tak...?
Tapi jangan risau rasanya ok ja. Tak payah takut kot-kot pening masa makan kek ni. Tapi jangan pulak pi bubuh perisa ni banyak pulak. Nanti memang sah-sah la pening. Untuk kek ni aku lebihkan rasa kopi, untuk rasa lain aku kurangkan sabab nak bangkitkan rasa kopi tu... Apa-apa pun jom tengok resepi kek lapis ni...





Kek Lapis Purnama
Kek Lapis Sarawak ( 1 )
Rabiah Amit

Bahan A
-16 biji kuning telur
-6 biji putih telur
-200gm gula halus
-150gm tepung hong kong
-1 sudu makan ovelette

Bahan B
-450gm mentega
-1/2 tin susu pekat manis ( saiz biasa )

Bahan C
-1 tin kecil seri kaya
-100gm nestum ( aku kisar halus )
-pewarna hijau, kuning, coklat & oren


Cara Menyediakan
  1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.
  2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang.
  3. Satukan adunan A dan B, gaul sebati.
  4. Masukkan seri kaya dan nestum. Kacau rata. Bahagi adunan kepada 4 bahagian.
    • 1 bahagian warnakan hijau dan masukkan perasa pandan.
    • 1 bahagian warnakan kuning dan masukkan perasa pisang.
    • 1 bahagian warnakan coklat dan masukkan perisa kopi.
    • 1 bahagian warnakan oren dan masukkan perisa oren. 
  5. Sediakan acuan 8 1/2'' x 8 1/2'' x 4. Tuang selapis nipis bahagian warna hijau. Bakar dengan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250C selama 3 minit.
  6. Ulang langkah 5 hingga adunan habis.
  7. Ulang proses sebagaimana dalam langkah 5 dan 6 dengan warna kuning, oren dan coklat sehingga adunan habis.
  8. Akhir sekali bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C selama 5 minit.
  9. Keluarkan dan biarkan sejuk di dalam acuan.





Tuesday 7 October 2014

Kek Lapis Cempedak



    Assalamualaikum semua... Malam ni aku nak tunjuk resepi ke-2 kek lapis yang sempat aku buat. Untuk kek lapis ni aku kategorikan kek lapis yang sangat exotic rasanya... Sadap tau. Rasa lemak manis cempedak.. Tambah pulak dengan bau cempedak tu... Mmmm... Menambat selera... Tapi satu ja, rasanya manis sangat. Aku pulak tak kurangkan sukatan gula masa buat kek ni. Lagipun buah cempedak yang aku guna ni masak ranum... Mau tak manis yang amat. Kalau nak buat lepas ni kena cek dulu tahap kemanisan buah cempedak tu. Bukan apa, takut nanti terlalu manis pulak. Untuk isi cempedak ni aku guna yang aku simpan dalam tempat beku. Tak guna yang fresh sebab masa musim buah cempedak bulan lepas, aku ada simpan sikit. Kot-kot nak guna. Alih-alih jadi la kek lapis cempedak ni... Sangat sedap dan sangat moist ooo... Aku cuma buat separuh adunan dari resepi kat bawah tu... Kalau ada yang teringin nak buat, jom tengok resepinya....






KEK LAPIS CEMPEDAK
C&P : Bro Rozzan

Bahan A :
-500g mentega
-4 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh esen cempedak - (optional)
-1 sudu teh esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas dgn high speed)

Bahan B :
-20 kuning telur
-5 putih telur
-270 gm gula kaster (halus)
-1 sudu besar ovallete
-120 gm tepung Hong Kong/ Top
-20 gm tepung susu
-150 gm puree cempedak*

*Bahan Utk Puree :
-600 gm isi cempedak (dibuang biji)
-220 gm gula kaster/halus
-220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Dikacau2 selalu agar tidak hangit)


Cara-Cara
  1. Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dgn high speed sehingga kembang dan pekat.
  2. Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata. 
  3. Seterusnya, bubuh tepung HK dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu dikacau rata.
  4. Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sediakan loyang kek berukuran 10x7 atau 8x8. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
  6. Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180 darjah Celsius.
  7. Utk lapisan pertama, bakarlah dgn menggunakan api atas dan bawah sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus membakar sehingga kekuningan.
  8. Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar hingga cempedak betul2 kering.
  9. Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.
  10. Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kpd 130-140 dan buka semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.



NOTA :
Utk menambah rasa lebih lemak kpd kek, anda bolehlah sapukan mentega cair di permukaan setiap lapisan kek yg plain (tanpa cempedak).
Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek...






Monday 6 October 2014

Kek Lapis Keju Masam Manis



    Assalamualaikum semua... Salam aidiladha kepada sluruh umat islam di dunia ni... Macam mana ibadah korban kat tempat anda semua..? Kat kampung aku ni buat secara sederhana saja. Tahun ni tak ramai yang buat sebab katanya harga haiwan korban tahun ni agak mahal. Tapi alhamdulillah, dapat juga aku merasa daging ibadah korban tahun ni.. Hari ni aku nak tunjuk resepi kek lapis yang sempat aku buat. Untuk raya korban tahun ni aku tak cuba banyak sangat resepi baru untuk kek lapis. Cuma tiga jenis saja yang baru. Biskut pun pakai tangkap muat ja. Satu adunan jadi dua jenis biskut. Hahahaa...  Jadi la dari tak da langsung kann... Untuk resepi kek lapis pertama ni aku buat kek lapis keju masam manis... Bila ada perkataan keju tu yang buat kek lapis ni special.. Kek ni pun sangat moist... Lembab-lembab gitu... Tambah pula lemak masin cheese.... Mmmm... Sedap ooo... Rugi kalau tak cuba resepi kek lapis ni... Ok la, jom tengok resepinya pulak... Kalau nak bagi moist macam kek aku ni, cuba simpan dalam peti ais lebih dari seminggu. Pastu baru potong... Haaa... Baru nikmat rasanya... Ok la, bye...






Kek Lapis Keju Masam Manis
C&P : Amie


Bahan-bahan:
-250 gram Philadelphia Cream Cheese
-100 gram parutan Parmesan Cheese
-450 gram mentega berkualiti tinggi - Amie gunakan jenama Anchor
-100 gram gula halus
-1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
-10 biji telur gred AA
-30 gram ovallette
-250 gram tepung Hong Kong
-150 gram Horlicks
-haw flakes secukupnya
-pewarna merah, oren & kuning

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.


Cara-Cara
  1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete.
  2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
  5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.
  6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu 2:2:1 ( merah : oren : kuning ). Adunan merah dan oren dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu merah M1, M2 dan oren O1, O2.
  7. Ambil 1 senduk adunan berwarna merah M1 dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit.
  8. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek - lakukan begini pada setiap lapisan kek.
  9. Tuang lagi 1 senduk adunan merah dan susun haw flake di atas permukaan kek. Bakar dengan api atas sehingga keperangan. Buat sehingga habis adunan merah M1.
  10. Ulangi Langkah 8 dan 9 untuk adunan oren O1, kuning, oren O2 dan merah M2.
  11. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.