Monday 23 March 2015

Lapis Cheese with Salted Cheese Biscuit



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni nak share satu resepi dessert yang sangat mudah. Tak payah bakar pun. Sedap pun sedap... Resepi ni lebih kurang macam  lapis persona dan cheesekut sebabnya bahan utama guna biskut. Untuk resepi ni agak menarik sebab guna biskut cheese... Punya la payah sebelum nak cari biskut cheese ni... Katanya biskut ni banyak kat sarawak tu... Alih-alih jumpa kat perlis jugak. Tak sangka boleh ada kat kedai jual barang buat kek yang selalu aku pi tu... Sebelum ni tak pernah belek-belek pun... Bila dah nampak rembat la 2, 3 bungkus... Bila pi nak beli pulak dah habis... Nasib-nasib... Pas ni tak tau nak cari kat mana... Untuk resepi ni ada guna Nestle cream, sebab dah tak ada, aku ganti dengan thickened cream. Alhamdulillah, tak ada masalah bila guna krim tuuu... Sedap okhhh... Memang kena cuba tauuu... Ok, babaiii...









Lapis cheese with Salted Cheese Biscuit
Sumber 1 : sky blue's Kitchen
Sumber 2 : mr.mama


Bahan-Bahan

125 gm mentega
250 gm cream cheese
1 cawan gula aising ( aku letak 1/2 cawan )
170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil ) ( aku guna 250ml thickened cream )
3 bungkus Khong Guan salt cheese crackers - kuantiti biskut bergantung kepada ketebalan setiap lapisan
1 cawan susu segar atau susu jenis lain 



Cara-Cara
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5.  Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5 hingga habis.
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. Akhir sekali taburkan nestum dipermukaan.
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.







6 comments:

  1. sedapnya macam teringin je kaknoor nak buat lah

    ReplyDelete
  2. mengoda sungguh pik.. baru tadi tengok kat blog evelyn gemina

    ReplyDelete
  3. Biskut cheese tu dah lama habis..Terkubur la nak buat kek..Hahaha..Next time kena beli lg kalo balik..

    ReplyDelete
  4. Saya tgah cari biskut ni dlm malaysia kt mn sy leh dpt ye?sbb biskut ni dr indonesia kt sana melambak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn dh merata cri bskt ni... Alih2 jumpa kt bakery tmpt sy slalu bli brg kek.. Bila p plk, dh xda...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...