Wednesday 29 April 2015

Kek Keju Oreo




   Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni bila tengok kat luar rumah, nampak mendung ja... Pastu ada dengar guruh sikit-sikit. Selalunya memang nak hujan lebat & guruh kalau keadaan macam ni. Sebelum hujan dan guruh, baik aku update blog ni cepat-cepat. Resepi kali ni aku nak share pasal kek cheese oreo. Bila makan kek cheese oro ni macam makan kek aiskrim time sejuk-sejuk. Lazat tak terkata baq hianggg... Resepi ni aku cedok kat blog kak ita. Thanks ye kak ita... Kalau ada yang mintak sepotong, mintak maap laaa... Dah abis punnn... Hihhihii... ok la, sampai kat sini dulu la... Mendung semacam ja kat luar tu... Angin pun dah kuat... Jumpa lagi... byee....

 




Kek Keju Oreo
C&P : Kak Ita

KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang 8 inc
  3. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
  5. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
  6. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
  7. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
  8. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
  9. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  10. Potong kek kepada 3 lapisan


  • adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
  • Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji






KRIM KEJU

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
  2. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  4. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
  5. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  6. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  7. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  8. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  9. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata. Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
  10. Masukan adunan kedalam piping beg





Cara Penyediaan
  1. Potong kek span kepada 3 lapisan
  2. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
  3. Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
  4. Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.
  5. Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat
  6. Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
  7. Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
  8. Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju ratakan permukaannya
  9. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
  10. Keluarkan kek dari loyang .Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
  11. Hias kek mengikut kreativiti anda


  • Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
  • Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus.
  • Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
  • Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
  • Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.



6 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...