Friday 26 June 2015

Mango Panna Cotta



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Rasanaya aku patut ucap selamat berbuka dah ni. Cuma tinggal kurang 30 minit ja lagi nak sampai waktu berbuka. So, kena cepat-cepat update blog ni... Mango panna cotta ni aku buat untuk berbuka kejap lagi. Tak sabar nak rasa... Mesti sejuk tekak ni... Aduhhh.... Sabar-sabar... Ok la, aku nak pi siap-siap unuk berbuka dulu... Byeee... Jangan lupa mencuba yeee....




Mango Panna Cotta
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Gert@KitchenSnippets


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon


Cara:
  1. Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
  2. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
  7. Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon.
  8. Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
  9. Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi. Sedia utk dinikmati.

  • utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
  • utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
  • tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih






2 comments:

  1. nampak sedappp sangat. gambar pun cantik. amk guna camera ape ye :)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...