Monday 31 August 2015

Chocolate Brownies Kedut




     Assalamualaikum.... MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA... Selamat hari merdeka semua... Hari merdeka ni meh kita layan brownies kedut yang tengah hot di pasaran sekarang ni... Sana-sini dok tayang brownies kedut ni... Aku pun tak ketinggalan juga nak cuba buat si kedut ni... Ni cubaan kali ke-3 dan baru la mendapat kedutannya... Walaupun bila tegok bukan nampak kedut sangat pun... Cubaan kali pertama dan ke-2 langsung tak nampak kedut. Mula-mula buat dulu tak guna resepi ni, guna resepi orang lain. Yang tu guna coklat chip. Tapi tak menjadi kedut... Bukan salah resepi tu ok, salah teknik rasanya... Kali ke-2 buat guna resepi ni, tapi tak menjadi jugak kedutnya... Ni pun rasanya aku salah teknik, bukan salah resepi okkk... Cubaan kali ke-3 guna resepi ni... Jeng, jeng.... Alhamdulillah... Menjadi jugak akhirnya.... Salah teknik tu maksunya, aku over beat telur dan gula tu... Aku pi guna mixer, memang tak menjadi laa.. Kali ketiga tu aku just mix pakai whisk ja.. Whisk bagi gula hancu dah... Jangan over whisk plak... Nanti tak jadi lagi... So, kalau sapa yang buat dan tak pernah menjadi kedut tu mungki dia over beat adunan telur tu la kot... Jangan putus asa, cuba lagi... Untuk brownies ni aku letak almond nibs dalam adunan tu.. Baru la sedap masa makan tu... Ok la, sampai sini dulu... Byee...






CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak


Cara-caranya.
  1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

 Nota :
  • Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
  • Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
  • Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.





Saturday 29 August 2015

Nasi Hujan Panas, Ayam Merah Tomato & Acar Mentah



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Dua hari lagi kita nak sambut hari kemerdekaan. Alang-alang tu, boleh la aku ucap selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada warga malaysia... Moga-moga negara kita ni kekal aman... Tak mau dok gaduh sana, gadoh sini ok... Hari ni ada menu special yang aku masak. Aku ni memang jarang nak masak nasi berperisa ni... Tapi bila dah rajin tu, kena la buat. Sekarang ni dah tak payah dok tunggu kenduri kawin kalau nak makan nasi berperisa macam nasi hujan panas ni. Dah boleh buat sendiri. Cuma kena rajin cari resepi kat internet ja... Resepi ni pun agak mudah, bahan-bahan pun tak banyak sangat yang guna... Kalau ada yang teringin nak merasa boleh la cuba buat esok... Byeee...





Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT

C&P : DDCT

Bahan-bahan:
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1/2 inci halia dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah


Cara-cara
  1. Basuh beras dan toskan beras.
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
  3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
  4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.
  5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
  6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
  7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.






Acar Mentah
Resipi : Che CT


Bahan-bahan :
1 batang timun segar potong memanjang
1 batang carrot potong memanjang
1 biji nenas masak potong dadu kecil
1 batang lada merah belah dua dan buang bijinya
2 sudu besar cuka / boleh ganti dengan jus limau nipis
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan2 dan kacau rata2 semuanya. Masukkan dalam bekas sesuai, tutup dan masukkan dalam peti sejuk lebihkan 1/2 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba :)




Ayam Merah Tomato
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome


Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 12/14 bersihkan
2 biji tomato didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih



Cara Memasak
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.





Friday 21 August 2015

Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian Bakar)



    Assalamualaikum semua.... Dah lama aku tak meng'update' blog ni. Masa raya tu pun aku tak update apa-apa resepi kek atau biskut. Nak buat macam mana dekat-dekat nak raya tu aku demam. Masa awal-awal puasa pun aku demam. Kek kemana, biskut pun kemana... Tapi biskut tu ada la aku buat sikit. Cuma aku tak update kat sini la... Tak pa , raya haji dah nak dekat boleh la aku buat kek lapis yang tertunggak masa hari raya aidil fitri tu... Mintak-mintak tak demam jugak la masa dekat-dekat nak raya tu... Ok la, berbalik pada resepi kali ni, aku nak share resepi cheese cake pulak. Kalau ikutkan aku tak berapa suka cheese cake jenis ni. Sebab durian punya pasal, terus jatuh cinta... Hahahaaa... Sungguh nikmat bila kek cheese ni masuk dalam mulut... Rasa lemak berkrim dengan haruman durian memang memikat jiwa... Orang lalu tepi pun boleh buat-buat tak perasan sebab dok layan cheese cake ni... Hahahaaa... Satu ja cheese cake ni manis sikit sebab durian yang aku guna tu memang dah manis. Lagi satu aku guna fresh cream untuk buat filling dia. Kat situ pun dah ada rasa manis. So, pandi-pandai la ejas gula tu nanti... Untuk penggemar durian dan cheese cake wajib cuba. Kalau tak, rugi ooo... Ok la, sampai kat sini dulu... Byeee...






Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek KejuDurian Bakar)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari blog Aunty Yochana

C&P :  Zack

Loyang bulat 7" ketinggian 3" (untuk kek lebih tinggi) atau 8" ketinggian minima 2" (Resepi di bawah adalah separuh dari yang asal)

 Base biskut:
(Boleh juga guna base kek sponge) ku tak buat base
140g digestive biscuit, diblend
15g gula kastor
60g butter, dicairkan

*Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking
paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam
peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.





Filling:

175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus - ku guna whisk je bagi hancur. Boleh juga diblend kalau nak lebih halus
250g cream cheese, suhu bilik
60g @ 1/4C gula kastor - ku guna 50g
20g @ 2sb menggunung tepung jagung (corn starch)
90ml @ 6sb susu sejat @ santan - ku guna susu sejat
50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream - ku guna fresh cream, cuma kurangkan gula kepada 50g
1 + 1/2 biji telur Gred A



 Cara-Cara
  1. Panaskan oven 160C.
  2. Untuk filling: Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut (jangan lupa balut loyang dengan foil 2-3 kali dahulu untuk elak air dari masuk).
  4. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di'rotate'kan pada 5 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.







 Topping:

80g isi durian, dilecek
32g susu segar
22g UHT whipping cream - aku guna fresh cream
15g gula kastor -
1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A


 Hiasan: ( aku ltk FC atas kek ja )

Serbuk koko + penapis
1/2C fresh cream, dikocok kental


Cara-Cara

  1. Untuk topping: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.
  2. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari loyangnya dan dihias dengan mengayak serbuk koko diatasnya atau disalut dengan fresh cream.