Tuesday 22 September 2015

Kek Lapis Idola



      Assalamualaikum semua.... Hari ni nak share resepi last kek lapis yang aku dah buat untuk raya haji nanti... Kek lapis ni antara kek lapis yang paling istemawa pernah aku cuba... Sebab apa istimewa...? Sebabnya kek ni kaya dengan rasa coklat kat bahagian tengag-tengah tu... Memang macam makan coklat... Pastu ada letak serbuk milo lagi... Memang sedap yang amat laa... Untuk coklat tu aku letak coklat dari jenama callebaut. Memang mahal harga coklat tu, tapi amat berbaloi dengan rasanya nanti... Kalau ada peminat kek coklat dan suka dengan rasa coklat memang kena cuba resepi kek lapis idola ni... Memang wajib... Untuk pemilihan warna bagi bahagian atas dan bawah tu ikut suka laa... Tak letak warna pun tak pa... So, boleh la pakat-pakat cuba buat kek lapis ni...





Kek Lapis Idola
C&P : Bro Rozzan

Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula halus/kaster
10 telur (saiz besar)
300 gm susu pekat
150 ml santan pekat (kotak)
200 gm sekaya
200 gm horlicks
280 gm tepung Hongkong
100 gm Milo
350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’
sedikit pewarna kuning/merah


CARA
  1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.
  2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.
  3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.
  4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian: Satu bahagian dicampurkan milo & coklat. Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.
  6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”.
  7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4.
  8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.
  9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli).
  10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.

Nota :
  • Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.





Monday 21 September 2015

Kek Lapis Perigi Biru



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni lewat sikit aku nak update blog. Bukan apa, dok melayan anak-anak menakan aku ni... Depa ni baru sampi semalam... Biasa la, usik sana, usik sini... Hihiii.... Kita terus kepada resepi kek lapis hari ni yaa... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ketiga... Kek lapis perigi biru... Menarik namanya, sedap rasanya. Rasa kek ni lebih kepada rasa horlick dan lemak-lemak seri kaya... Kak aku kata rasa macam ais krim pun ada... Kalau nak tau rasanya kena la buat... Byeee....




Kek Lapis Perigi Biru
C&P : Sunah Sakura
Loyang : 8" x 8" x 3"

Bahan-bahan:
16 oz mentega (454 gram - saya guna 2 buku mentega Anchor)
10 biji telur gred A
250 gram gula halus
1 tin kecil susu manis (300 gram)
1 tin kecil seri kaya (170 - 180 gram)
1 sudu makan ovallate
310 gram tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * (*campurkan dan ayak)
1 botol kecil horlicks (200 gram)
 pewarna kuning dan biru


Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C api atas dan bawah.
  2. Gris loyang dengan mentega dan alaskan dengan baking paper.
  3. Pukul mentega dengan gula hingga putih, baru masukkan ovallate. Gaul lagi.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  5. Perlahankan mixer, masukkan susu manis dan serikaya. Gaul hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan horlicks, gaul dengan kelajuan paling rendah hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna biru dan kuning.
  8. Bakar 5 sudu makan lapisan kuning pada suhu 175 C menggunakan api atas dan bawah hingga permukaan lapisan keperangan.
  9. Tukar api atas. Lapis lagi warna kuning hingga 6 lapisan, biru 6 lapisan, kemudian kuning 6 lapisan, akhir sekali biru 6 lapisan.
  10. Untuk lapisan terakhir, bila permukaan kek telah keperangan, tukar api atas dan bawah pada suhu 150 C selama 10 minit.
  11. Bila kek dah masak, biarkan sejuk di atas relai, sebelum dibalut dengan aluminium foil untuk disimpan dalam peti ais.




Sunday 20 September 2015

Kek Lapis Durian



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Ok, hari ni nak share resepi kek lapis yang kedua pulak... Bila tengok bahan utama kek lapis ni semestinya durian kan... Bahan-bahan lain pun tak banyak... Selalunya kek lapis ni ada letak serbuk horlicks, seri kaya dan susu pekat. Tapi yang ni memang tak letak bahan-bahan tu. Ni sebab nak bagi rasa durian tu tak lari. So bila bahan-bahan lain dah tak letak, aku sarankan guna butter yang lebih mahal... Baru la bangkit rasa kek lapis durian tu... Walaupun tak letak susu pekat, kek ni tetap moist... Untuk warna kek lapis ni, terpulang la kepada individu... Kalau nak letak pun letak la warna yang sesuai dengan nama kek lapis ni. Tak la nampak pelik sangat... Ok la, jom layan resepi dia pulak....




Kek Lapis Durian
C&P : DTS

BAHAN - BAHANNYA :-)
400 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, golden churn, emborg)
150 gram gula kastor (che mat guna 100 gram)
10 kuning telur gred A
1 camca teh esen durian (che mat tak letak)
1 cawan isi durian*
100 ml susu segar*(*dikisar halus)
200 gram tepung Hong Kong
50 gram tepung jagung
7 putih telur
150 gram gula kastor
Pewarna makanan pilihan anda


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor (150 gram) sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga putih telur kembang dan bertanduk. Sementara itu, satukan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan diayak.Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus diputar hingga adunan kembang. Tambah isi durian yang telah dikisar dengan susu segar tadi, dan putar sebati.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dengan spatula, kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi dan baki putih telur. Gaul hingga rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lanser juga kertas tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan selama 10 minit.
  5. Untuk adunan kek, terpulang pada anda sama ada nak buat beberapa warna atau satu warna sahaja. Kalau anda guna satu warna, che mat cadangkan anda guna kaler kuning. Gaul rata dan ketepikan.
  6. Keluarkan tin dari oven, sudukan 4 camca besar adunan kek lapis, ratakan dan bakar 10 minit atau hingga permukaan keperangan. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Sudukan lagi 4 camca besar adunan dan ratakan. Masukkan ke dalam oven. Kali ini tukar api oven kepada fungsi grill dan turunkan suhu kepada 165C (bergantung pada oven masing2). Bakar hingga keperangan, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Lakukan keadah sama hingga adunan habis dan lapisan terakhir, bakar guna api atas bawah selama 10 minit.
  7. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sekejap dalam tin ( 10 minit), boleh keluarkan kek dari tin. Biar kek betul2 sejuk sebelum dibungkus dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama....Selamat mencuba!!.




Saturday 19 September 2015

Kek Lapis Cheese Horlicks



        Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share salah satu kek lapis yag dah siap aku buat untuk hari raya haji nanti. Buat masa ni aku dah siap buat empat jenis. Rasanya dah cukup kot... Kalau nak buat kek pun mungkin kek butter atau kek chiffon je laa... Tu pun kalau rajin... Hihiii... Biskut raya rasanya macam tak berapa nak rajin lagi.. Kalau nak buat pun malam raya tu dan... Kalau kek lapis yang letak cheese ni kompem sedap. Tak kira la kek lapis apa pun... Bercerita pasal kek lapis ni, dah dekat setahun aku tak melapis... Penat jugak la... Tapi bila tengok hasilnya... Hilang terus penat tuuu.. Memang berbaloi buat 3, 4 jam... Ok la , byeee... Nanti kita sambung kek lapis yang lain pulak...





C&P : AlongRoz@HomeKreation
Source : Group Facebook_RMK
Saiz : 8½" x 8½"


BAHAN2:
10 bj Telur
150g Gula Halus
2 gelas Tepung HongKong ( gelas 200ml )
100g Horlicks
16oz Mentega
250g Cream Cheese
1 tin kecil Susu Pekat (Along letak 1 cwn)
Pandan Pes dan Pewarna Kuning


CARA2
  1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung, horlicks & putar sehingga sebati.
  2. Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan cream cheese dan susu sambil di pukul sebati.
  3. Campurkan kedua-dua adunan di atas.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan satu bahagian kuning dan satu lagi pandan.
  5. Bakarlah selapis2, mulakan dengan lapisan pandan, warna kosong dan warna kuning seperti gambar.



Tuesday 15 September 2015

Donut Kentang




     Assalamualaikum semua.... Hari ni buat donut lagi... Tapi kali ni buat donut kentang pula... Dah la gebu, sedap pulak tu... Kali ni donut aku tak letak apa-apa topping. Cuma letak gula saja... Makan macam ni pun dah sedap.... Lepas tu pekena pulak dengan teh o suam... Mmmm... Sedapnyaaaa... Bayangkan kalau letak topping coklat... Memang makan tak ingat dahh... Huhuuu... Resepi ni aku copy dari kak ros jintan manis... Thanks ye kak atas perkongsian resepi donut kentang yang gebu gebas ni....





Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu
rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai
agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)


Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..







Friday 11 September 2015

Puding Jagung Berkaramel



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ada menu apa petang ni.... Mesti ada yang masak best-best kan... Aku cuma buat puding jagung. Tapi ada letak karamel... Sedap betol lahh... Sejuk tekak makan waktu petang ni... Ye la, petang ni cuaca panas yang amat... Kemarin pulak hujan dari pagi, sampai ke petang... Memang tak boleh nak buat apa sangat laa... Rasa nak tido ja kemari... Tapi hari ni tak rasa nak tido langsung sebab cuaca panas... Ganti cuaca kemarin la tu... Kot-kot ada sapa-sapa basuh baju tak sempat kering, harini kompem kering punya... Berbalik pada resepi puding jagung ni, aku amek resepnya kat kak ita... Thanks ye kak... Memang sedap... Slrup, slrup... Huhuhuu... Lagi satu, aku buat puding ni separuh adunan ja sebab nak habiskan jagung dalam tin yang aku guna masa buat apam balik tuuu... OK la, byeee.....




PUDING JAGUNG BERKARAMEL
C&P : Azlita ( Masam Manis )

Bahan karamel
3 sudu besar gula
3 sudu besar air panas


Cara-Cara
  1. Masak gula dalam periuk kecil hingga ia keperangan
  2. Tanbahkan air dan kacau hingga ia berkaramel ~ berhati-hati semasa proses ini
  3. Kemudian tuangkan karamel dalam acuan

Bahan Puding
150 gm tepung kastard
400 gm / 1 tin jagung manis dalam tin
150 gm gula
700 ml air
400 m susu cair
1 sudu teh pes jagung
secubit garam


Cara-Cara
  1. Dalam periuk berasingan, satukan semua bahan puding
  2. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga ia pekat dan likat.
  3. Tuangkan dalam acuan yang telah di letakkan karamel tadi
  4. Sejukkan dalam peti ais





Monday 7 September 2015

Apam Balik Pandan




      Assalamualaikum.... Ni menu petang tadi... Tiba-tiba rasa nak makan apam balik... Selalu beli kat pasar malam ja... Kali ni aku cuba buat sendiri pulak... Apam balik ni menarik sikit sebab perisa pandan. Warna pun ijau... MAK KAU IJAU... Hahaaa.... Rasa apam ni lebih kepada gebu... Lepas ni nak cuba jenis yang rangup pulak... Bila dah buat apam balik ni sendiri boleh la nak sumbat inti apa pun yang suka... Aku teringin nak letak parutan cheese dalam apam balik tu... Tapi nak buat macam mana cheesenya dah habisss... Guna apa yang ada dah laaa....




By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MyResipi-MsOreo

BAHAN2:
1/2 cwn Gula
1 biji Telur
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Soda Bicarbonate*
1 st Baking Powder* (* ayak)
1 1/2 cwn Air
1 sb Pes Pandan

INTI:
1 cwn Kacang Tanah - goreng tanpa minyak & di kisar
1 cwn Krim Jagung
Sedikit Planta


CARA2
  1. Mesin gula & telur sehingga kembang. Masukkan campuran tepung*, air dan pes pandan sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick. Tuangkan 1-2 senduk adunan & biarkan buih2 udara menggelembung sehingga masak. Sapu planta ke atas permukaan apam & tabur kacang & jagung. Lipat dua & hidangkan.
  3. Ulangi sehingga adunan habis.




Friday 4 September 2015

Donut



     Assalamualikum.... Hari ni aku nak tayang resepi donat yang sangat sedap yang pernah aku buat... Rasa donut ni lain sikit sebab guna tepung roti rasanya... Gebunya, lembutnya memang tak sama macam donut-donut yang pernah aku buat selama ni... Kalau ikutkan donut ni aku buat kemarin... Tapi hujan punya la lebat... Nak ambik gambar pun tak boleh la. So aku goreng separuh masak setengah adunan tu, pastu simpan dalam tempat beku. Yang separuh lagi aku goreng bagi masak, pastu tabur dengan gula. Makan time-time hujan ni memang sedap laaa... Sebiji, sebiji hilang dalam mulut.... Yang aku simpan dalam tempat beku tu bila goreng hari ni masih lembut dan gebu... Nak bagi lagi sedap letak la topping coklat atas donat tu... Pastu tabur la dengan kepingan badam, parutan keju, chocolate rice dan manik warna-warni... yang paling aku tak suka manik warna-warni tu sebab bila makan macam gigit pasir... Harharharrr....  







Donut
C&P : RIMA


Ingredients

(A)
500g high protein flour - bread flour
100g sugar
11g instant yeast
4 egg yolks
200 ml water

(B)
100g butter / margarine
1 tsp salt

200g White Cooking Chocolate - melted
100g Almond Slice - roastrd

Method:
  1. Stir ingredients A, knead until lumpy, add ingredients B, continue to knead until smooth elastic.
  2. Rest dough for 10 minutes.. divide dough into several balls weighing 40g each.
  3. Rest for a further 20 minutes.
  4. Punch a hole through the middle, then fry until cooked. Drain. Chill.
  5. Dip one side surface of the donut in the melted chocolate, sprinkle almond.
  6. Place donut in fridge to harden chocolate..

My way: I dumped everything in my BM accordingly of cos.. click on ON and after one hr and 10mins my dough was done.. gave my dough a light punch and divided my dough into several balls..
let it sit for another 20mins bef punching a hold thru the middle of the donut.. fry till cook..