Saturday 10 October 2015

Makaroni Bakar Ala Johor



     Assalamualaikum semua... Hari ni baru dapat mengupdate blog. Seminggu yang lepas aku sakit mata. Ni baru sembuh...  Dah la tu, kena pulak waktu jerebu... Memang best laa... Hahahaa... Apa-apa pun alhamdulillah, mata ni dah ok. Cuma kena jangkitan kuman... So, hari ni baru aku start membaking... Petang tadi aku buat makaroni ala johor... Sedap ooo... Kalau nak bandingkan dengan makaroni versi mat saleh, versi johor ni memang sedap... Sedap kat tekak aku la, tekak orang lain kita bukan tau... Sedapnya sebab ada rasa rempah kari dan kurma... Ala-ala orang malaysia... Huhuuu... Sebab apa makaroni ni nama makaroni ala johor....? Kalau nak tau kena tanya che mat gebu laa... Yang bestnya makaroni ni bakar dalam bekas muffin. Senang la nak makan, tak yah nak potong-potong.... Ok la, meh kita tengok resepi dia....


 


Makaroni Bakar Ala Johor
C&P : CMG / DTS


BAHANBAHANNYA :)
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM)
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
1/2 camca besar rempah kurma (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar


CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna nonstick pan). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.








No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...