Monday, 17 April 2017

Teh Tarik Cake


      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share satu resepi yang aku amek kat blog masam manis. Kek ni lain dari yang lain sebabnya adaptasi daripada minuman kegemaran rakyat malaysia. Teh Tarik kot.... Tak sangka boleh buat kek jugak ye minuman teh tarik ni.... Sekarang ni dah macam trend kek-kek macam ni.... Rugi ooo kalau tak cuba... Untuk resepi ni aku buat saiz comel ja... Saiz 6inci. Cuma separuh adunan... Tapi kat bawah tu resepi asal... Kalau nak buat separuh adunan macam aku cuma separuhkan je la bahan-bahan tu.... Selamat mencuba....



TEH TARIK CAKE
C&P : Kak Ita

Mula-mula kita kena sediakan dulu air teh tarik

Teh Tarik Syrup

8 bag teh uncang Lipton
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis

  1. Satukan teh uncang dalam air panas dan rendam hingga kembang dan dapat air teh yang pekat. Larikan 4 sudu besar untuk buat sauce caramel
  2. Baki air teh tadi satukan bersama susu pekat manis 




Kek Span Teh Tarik

180 gm gula caster
170 gm tepung
50 gm serbuk badam ~ di bakar
sebentar
4 biji telur
15 gm ovelette
1 s/teh baking powder
70 ml teh tarik syrup
1 sudu teh esen vanilla
50 gm butter ~ di cairkan


  1. Sediakan 2 loyang bersaiz 8 inc dan di lapik kertas serta di oles dengan butter. Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 170 C
  2. Tepung di satukan bersama baking powder, kemudian di ayak. Serbuk badam di panggang sebentar. Butter di cairkan
  3. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali butter cair. Dan putar dengan kelajuan perlahan ke laju hingga adunan gebu dan naik sekali ganda
  4. Tutup mixer dan masukkan butter cair. Kaup balik adunan rata
  5. Tuangkan adunan dalam dua loyang dengan sukatan sama banyak. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit
  6. Keluarkan kek dari loyang dengan segera setelah masak. Terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk
  7. Setelah sejuk, potong kek kepada 2 keping setiap 1 loyang Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang sama ketebalannya. Ketepikan




Cream Cheese Teh Tarik

250 gm cream cheese
130 gm gula icing
50 ml teh tarik syrup
15 gm gelatin
45 gm air
300 gm non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla

  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara double boil atau cairkan dalam microwave
  2. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula, teh tarik syrup dan esen vanilla dan pukul hingga lembut Tuangkan gelatin dan terus pukul hingga sebati
  3. Dalam mixer lain, putar non dairy whipping cream hingga kental. Satukan whipping cream bersama cheese dan kaup balik rata masukkan dalam piping bag.







Teh Tarik Caramel Sauce

130 gm gula castor
110 ml dairy whipping cream
60 gm unsalted butter
4 sudu besar teh tarik syrup yang tiada
gula ( yang kita dah larikan tadi )
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

  1. Satukan gula dan teh tarik tanpa susu dalam periuk dan masak hingga gula larut dan berbuih-buih Masukkan butter, garam , esen vanilla dan whipping cream Masak hingga berbuh dan pekat Sejukkan



Kaedah Melayer Cake
  1. Letakkan 1 lapis kek span teh tarik di atas lapik kek
  2. Sapukan teh tarik caramel sauce dan ratakan
  3. Paipkan cream cheese teh tarik dan ratakan
  4. Ulang proses yang sama hingga habis. Baki Cream sapukan pada keseluruhan kek
  5. Simpan dalam peti ais hingga ia sejuk dan mengeras
  6. Setelah betul-betul sejuk baru tuangkan baki teh tarik caramel sos. Simpan semula hingga benar-benar keras dan dejuk
  7. Hias kan kek mengikut kreativiti Potong dan hidangkan bersama keluarga yummy!!


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...