Wednesday 31 May 2017

Puding Karamel Tanpa Telur



      Assalamualaikum semua... Menu apa untuk berbuka kejap lagi... Aku buat puding hari ni... Memang sedap puding ni walaupun tak letak telur... Macam mana aku tau kata sedap, sebabnya aku buat semalam. Bila dah beku tu, terus la rasa... Jangan kata aku tak puasa pulak nooo.... Sebelum ni pernah buat puding karamel tanpa telur ni, tapi yang beza resepi kali ni cuma tak letak susu pekat ja... Walaupun tak letak susu pekat, rasa dia tetap sedap... Tambah-tambah bulan puasa ni... Nama puding, kompem sedap. Nak-nak makan sejuk-sejuk... Glurppp.... Dugaan betolah.... Hahaa.... Sabar-sabar. Kejap ja lagi... Kali ni aku cuba buat dalam bekas kecil-kecil pulak. Nampak comel kan... Kalau rasa malas tu boleh la buat dalam loyang terus.... Ok la, meh tengok resepi kat bawah tu...



Puding Karamel Tanpa Telur
C&P : Nina Mirza

Bahan-bahan

ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air

Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
3/4 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediannya
  1. Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan ….***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  2. Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  3. Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
  4.  Setelahair mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati. Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi) Sejukkan dalam peti ais
  6. Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ……. ( nanti gula akan berada di atas – barulah cantik )




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...