Tuesday 20 June 2017

Almond London



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sihat ke....? Harap-harap pakat sihat-sihat belaka lah yer... Maklum la dah nak dekat raya ni kena jaga kesihatan.... Nanti time raya demam pulak.... Kuih raya macam mana...? Dah mula buat ke...? Aku baru siap semuanya tengahari tadi... Bila dah siap semua ni baru la sempat aku nak update resepi kat blog aku ni... Untuk resepi biskut raya pertama ni aku nak share resepi almond london.... Teringat masa dulu-dulu... Ni la biskut yang paling sedap aku makan... Maklum la, biskut yang ada badam ni pastu salut pulak dengan coklat mestila sedap.... Resepi ni aku dah buat tiga tahun berturut-turut... Tak pernah cuba lagi resepi lain.... Kiranya resepi wajib tiap kali nak raya lah yer... Ok la, meh tengok resepinya....
 



Almond London
Sumber:Nizamadey

C&P : Rahel
Bahan:(150 biji)


250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
  1. Pukul mentega, telur dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam.Kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...