Monday 12 June 2017

Harum Manis Cheese Cake ( 2 )



     Assalamualaikum semua.... Dekat seminggu aku cuti tak update blog... Bukan apa, masa cuti sekolah hari tu anak-anak buah aku balik cuti kat kampung. Aku pun cuti la baking sat... Bukan apa, penat layan kerenah sorang-sorang... Tambah-tambah yang hero-hero... Memang penat la wehhh.... Waktu petang kena bawak ronda keliling kampung.... Ikut je laa.... Bila balik sana mana ada dah nak ronda-ronda ni.... Semua pakat sibuk... Sebab depa dah balik sana, aku pun rajinkan lah diri buat cheesecake yang sangat sedap ni... Nak tau sebab apa sedap...? Sebab ada buah harum manis laa... Apa lagi.... Lagipun buah harum manis kali ni harga agak murah jugak kalau nak banding dengan tahun-tahun lepas. Mungkin sebab kali ni jatuh pada bulan puasa kot. Tu orang kurang minat sikit... Sebelum ni pernah buat dah. Guna resepi yang sama jugak... Tapi yang dulu aku tak letak ketulan buah harum manis dalam adunan cheesecake tu. Kali ni aku lepak plak... Lagi la sedap berganda.... Dia punya base pun aku ganti dengan kek span... Memang menggoda tau bila buat time bulan posa ni... Rasa macam nak ngap ja kek ni... Huhuuu.... Ok leh kalau sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu..





RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan

Untuk Base ( aku ganti kek span )
100g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan


Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt ( aku xletak )
90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
15g gelatin + 60ml air panas
sedikit potongan mangga

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.





Untuk Topping

1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree ( +- 150gm isi harum manis )
50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan
puree mangga shj)
1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis
sedikit potongan mangga
daun pudina utk hiasan


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  2. Sejukkan lagi. potong dan hidangkan.





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...