Wednesday 21 June 2017

Kek Lapis Evergreen Kukus



    Assalamualaikum.... Ok, ni resepi kek lapis kukus yang kedua aku buat... Kalau kek lapis kukus ni memang kena banyak bersabar... Nak tunggu dia masak selapis-selapis tu memang penat jugak...  Biasa la, kek yang sedap perlukan masa yang lama kan... Memangg moist kek ni... Sedap pun sedap. Tak rugi ooo kalau nak cuba... Sambil-sambik aku nak tuggu kek ni masak, aku siap salut biskut almon london... Jimat masa kan dari tunggu saja... Lepas ni aku nak share resepi kek lapis bakar pulak... Ok la, meh tengok resepinya....




Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau
10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis


Cara-cara

Lapisan Hijau :
  1. Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima.
  2. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati.
  3. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
  1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
  3. Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
  4. Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


  • telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
  • balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama
  • Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...